Assalamualaikum
Seseorang muslim dan mukmin sentiasa merasakan jiwanya sentiasa tenang dan damai. Hatinya aman dan bahagia disebabkan ia disinari dengan cahaya keimanan dan nur Ilahi. Hati yang bersifat sedemikian sentiasa taat kepada perintah Allah dengan penuh khusu` dan tawaduk kepada Allah S.W.T. Hati yang tandus dengan sinar Ilahi dianalogikan sebagai tanah yang gersang dan kering kontang dari titisan air untuk menyejukkan tanah dan menyuburkannya. Antara panduan yang boleh diamalkan untuk menenangkan hati:
1. Lidah sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T
2. Hati sentiasa mengingati Allah dalam apa jua situasi sama ada ketika senang, susah, sedih, gembira dan sebagainya.
3. Menggunakan akal untuk berfikir tentang kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T.
4. Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas keisilapan yang dilakukan.
5. Menjauhi perkara-perkara yang boleh mengundang kepada penyakit hasad dengki sesama manusia.
6. Sentiasa memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan sesama manusia dan bersedia memberi maaf atas kesalahan orang lain ke atas kita.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T supaya kita dimasukkan ke dalam golongan yang mendapat keberkatan, keredhaan, kejayaan, kebahagian, hasanah di dunia dan akhirat.
Mudah-mudahan tip-tip ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan dan menenangkan hati dan jiwa kita supaya dekat kepada Allah S.W.T , insyallah. .... Tidakkah dengan mengingati Allah hati-hati kamu akan menjadi tenang. (qalb al-mutmainnah) (Abu Rushd)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pembaca budiman tentang keindahan dan kemurnian ajaran Islam. Diharapkan percambahan ilmu ini dapat membantu para pembaca untuk memahami asas pengajaran agama Islam. Pembaca dialu-alukan untuk memberi sebarang komen bagi memantapkan lagi pengisian blog ini. sekian terima kasih- (Abu Rushd)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
`Ibrah Covid 19. Suluhan Daripada Perspektif Islam
Assalamualaikum dan bertemu lagi. sudah lama saya tidak menjengok ke blogni. Harini rasa bersemangat semula untuk melihat blog yang sudah se...
-
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum & Salam Sejahtera Bertemu lagi dalam ruangan blog. Rasanya sudah lama saya tidak memasukkan art...
-
Konsep Insan Islam sebagai ad-din yang ditaja oleh Allah bersifat universal merupakan sistem tatacara hidup yang sempurna dan komprehensif. ...
-
KEPENTINGAN KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM Secara konseptualnya, persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan umat ma...
No comments:
Post a Comment