Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pembaca budiman tentang keindahan dan kemurnian ajaran Islam. Diharapkan percambahan ilmu ini dapat membantu para pembaca untuk memahami asas pengajaran agama Islam. Pembaca dialu-alukan untuk memberi sebarang komen bagi memantapkan lagi pengisian blog ini. sekian terima kasih- (Abu Rushd)
Wednesday, November 25, 2009
Buku
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada para pembaca sekalian, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku berkaitan Dinamisme Nilai-Nilai Murni Menurut Perspektif Islam. Anda boleh menghubungi penulis. Terima kasih. alamat email shuhairimi@unimap.edu.my
-Abu Rushd.
Nak Untung Cepat Punca Usahawan Gagal
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan bertemu lagi. Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca berkaitan topik usahawan. Memandangkan isu ini berkaitan dengan rrealiti yang dihadapi oleh para usahawan, barangkali ia dapat memeberi manfaat kepda kita semua. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Ilahi. Bertemu lagi Selamat Hari Raya AindilAdha kepada semua.
Pengenalan
Kerajaan Malaysia melalui agensi sokongan seperti MARA, MADA, FAMA dan sebagainya ditubuhkan untuk memperkasakan penguasaan ekonomi Bumiputera. Agensi-agensi tersebut telah merangka pelbagai aktiviti dan program bagi memenuhi objektif tersebut. Natijah daripada penubuhan agensi-agensi sokongan tersebut, memperlihatkan peningkatan peratusan kaum Bumiputera menceburi bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya alternatif semakin bertambah. Meskipun pada setiap tahun dapat disaksikan kemunculan para usahawan baru namun, sasaran untuk melahirkan usahawan Bumiputera berjaya dan berkualiti masih lagi belum mencapai tahap yang membanggakan.
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan usahawan Bumiputera untuk berkembang maju dan berjaya setaraf dengan golongan usahawan bukan Bumiputera yang lain. Antara faktor yang dikenalpasti penyebab kepada kegagalan usahawan Bumiputera adalah disebabkan oleh sikap mengejar keuntungan dengan cara cepat. Dengan lain perkataan nak kaya cepat. Akibat terpengaruh dengan epidermik penyakit tersebut, golongan usahawan yang terbabit sanggup melakukan sesuatu perkara sama ada dengan cara menipu dan lain-lain kaedah yang dapat mencapai matlamat mereka. Justeru itu, penulisan ini akan mengupas isu tersebut dari sudut kaca mata Islam dan penyelesaiannya.
Akibat Nak Untung Cepat
Dunia keusahawanan menyajikan ruang dan peluang kepada manusia untuk mencipta dan menjana kekayaan melalui aktiviti yang dilaksanakan. Realiti yang berlaku ini memberi ruang kepada golongan manusia khususnya kepada golongan usahawan dan menguji mereka melaksanakan aktiviti tersebut sama ada melalui saluran yang dibenarkan ataupun sebaliknya. Akibat terpengaruh dengan tuntutan gaya hidup yang bersifat materialistik mengakibatkan timbulnya perasaan tamak haloba yang menguasai tindak-tanduk golongan yang terlibat. Natijah daripada penghayatan sifat tersebut mendorong usahawan untuk menghalalkan matlamat mereka untuk mendapatkan keuntungan, kekayaan dan kejayaan dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, mengambil keuntungan dengan cara melampau, tidak jujur dalam sebarang transaksi yang dijalankan, menjalankan perniagaan atau skim yang kononnya untuk membantu orang lain tetapi sebaliknya menggunakan premis tersebut untuk menipu dan mengaut keuntungan dengan cara mudah. Contoh yang lain seperti “mengalibabakan” sesuatu projek yang dimilikinya kepada pihak yang lain dan pelbagai lagi.
Memetik pandangan yang diutarakan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Ketua Eksekutif Kumpulan Johor Corporation, J-Corp) dalam artikelnya “Kesan Minda Gajah Sarkas”, beliau mengemukakan pendapat bahawa sebahagian daripada usahawan Bumiputera Melayu mempunyai sikap ingin cepat untung dalam perniagaan yang diusahakannya. Kenyataan ini memberi gambaran bahawa sikap tidak sabar dan pengaruh wang ringgit yang menjadi keutamaan hakiki golongan tersebut mendorong mereka kepada gejala yang tidak sihat dan akhirmya mereka gagal dalam sebarang aktiviti yang diusahakan. Kesan yang lebih parah lagi sifat yang buruk tersebut mengundang kerugian dan kemudharatan kepada para pengguna dan masyarakat amnya. Ini kerana, pengusaha yang bersikap sedemikian, bukannya memiliki nilai kejujuran dan keikhlasan untuk membantu dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sebaliknya mereka mempunyai agenda yang tersirat untuk menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.
Pandangan Islam berkaitan dan Penyelesaiannya
Islam adalah satu agama yang terbukti membawa kesejahteraan kepada para penganutnya. Dalam sektor keusahawanan, Islam bersikap positif dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada umat manusia untuk menerokai bidang tersebut. Meskipun begitu, dalam usaha kerancakan manusia khususnya golongan usahawan mencipta aktiviti kekayaan namun aktiviti transaksi tersebut perlu berjalan atas landasan dalam kerangka yang diizinkan oleh syara`. Perlu diingatkan bahawa apa sahaja aktiviti yang dijalankan matlamatnya adalah memperolehi ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, kemakmuran dan kejayaan yang dikecapi oleh manusia bukan sahaja dilimitasi dengan keuntungan di dunia secara tunggal sebaliknya kenikmatan tersebut akan dikecapi di alam akhirat kelak. Gambaran ini disentuh dalam al-Qur’an, seperti firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Sesiapa yang beramal saleh, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”
(an-Nahl:97)
Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mengejar keuntungan. Namun apa yang ditegahnya ialah mencari keuntungan sehingga menyebabkan berlakunya kemudharatan kepada pihak yang lain. Oleh yang demikian, disebabkan terlalu dipengaruhi untuk mendapat kekayaan dan kejayaan dalam masa yang singkat tanpa perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh menyebabkan golongan terbabit melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak dan keperibadian diri. Sifat negatif tersebut seringkali mempersonafikasikan sifat-sifat tercela dalam diir manusia akibat dipengaruhi dan dikuasai oleh kebobrokan hawa nafsu yang sentiasa meruntun manusia ke lembah kebinasaan. Tegasnya Islam melarang keras tindakan tercela tersebut. Pemahaman tersebut dapat dilihat dalam sebuah hadith yang melarang individu mencari rezeki dengan cara tidak bermoral. Ini kerana, hasil perolehan yang didapati daripada aktiviti yang tidak diizinkan oleh syara` bukan sahaja menghilangkan keberkatan hidup bahkan pelakunya akan jauh dari hidayah dan petunjuk daripada Allah S.W.T. Preskripsi ini dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Ubaid bin Humaid menceritakan kepada kami, Abu Nu'aim memberitahun kepada kami, Fudhail bin Marzuq memberitahu kepada kami dari Adi bin Tsabit dari Abi Hazm dari Abu Hurairah, ia berkata : "Rasulullah S.A.W. bersabda :"Wahai manusia sesungguhnya Allah itu baik, Allah tidak mahu menerima sesuatu kecuali dari perkara yang baik, dan sesungguhnya Allah perintah kepada orang-orang mukmin seperti apa yang telah diperintahkan kepada para utusan, maka Nabi membaca : (Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan) dan Rasulullah membaca : (Wahai orang-orang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami anugerahkan kepadamu), Abu Hurairah berkata : Kemudian Nabi menyebut seorang lelaki yang bermusafir jauh yang kusut masai dan berdebu dan menadahkan tangannya ke langit sambil berdoa, Ya Tuhan, Ya Tuhan, padahal makannya dari sumber haram, minumnya daripada sumber haram pakaiannya pun haram dan dibesarkannya dengan barang haram, bagaimana doanya dimakbulkan untuk itu.
(al-Tirmidhi)
Berdasarkan kepada petunjuk daripada al-Qur`an dan al-Sunnah dapat disimpulkan bahawa kegiatan mencari keuntungan dengan jalan yang bertentangan dengan kehendak agama adalah ditolak sama sekali. Tambahan lagi kesan dan akibat perbuatan tersebut boleh mendatangkan penganiayaan kepada pihak lain. Ironinya, Islam begitu menghargai usaha yang dilakukan oleh usahawan untuk memperkasakan bidang perekonomian. Walau bagaimanapun, kegiatan tersebut perlulah dilaksanakan dengan penuh tanggugjawab dan diimbangi dengan keperluan beragama dan berakhlak. Berusahalah dengan tekun dan penuh kesabaran sambil diiringi dengan kekuatan doa dan bertawakkal kepada Allah. Di samping itu, Islam menganjurkan supaya para usahawan sentiasa berdoa supaya dilindungi daripada fitnah kebendaan yang mengusai diri dan berpotensi menodai untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Hakikatnya, Islam mengkritik individu manusia yang bersikap cuai, leka, mengharapkan ihsan orang lain, malas, tidak produktif, menindas golongan yang lemah dan sebagainya. Sifat-sifat negatif yang dinyatakan tersebut bertentangan dengan konsepsi usaha yang dibugarkan oleh Islam. Ianya jelas menyanggahi potensi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Individu yang bersifat sedemikian gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan tidak mencerminkan sebagai individu muslim yang muttaqin.
Kesimpulan
Islam menegah para usahawan mencari keuntungan melalui jalan singkat yang boleh mendatangkan kesulitan dan keugian kepada pihak yang lain. Sebaliknya, Islam amat menghargai umatnya supaya berusaha dengan tekun dalam apa sahaja yang pekerjaan yang dilaksanakannya. Sikap mengambil jalan mudah dan segera untuk mendapatkan kekayaan bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada usahawan bahkan ia boleh mengundang kepada faktor kegagalan. Yakinlah kepada maksud firman Allah yang maksudnya “setiap kesusahan itu disertai dengan kemudahan” (al-Insyirah:6).
-Abu Rushd-
Wednesday, October 7, 2009
Kesempurnaan Solat
Bismillallahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada ruang kali ini, saya akn mengupas topik solat. Meskipun amalan tersebut sudah begitu sinonim dengan kita namun barangkali ada beberapa perkara lagi yang perlu diber perhatian. Semoga ia dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada saya dan para pembaca amnya. Salam aidilfitri.
Pendahuluan
Solat ataupun sembahyang merupakan ibadah yang asasi kepada umat Islam. Ketentuan solat telah termaktub sebagai rukun Islam. Pensyari`atan ibadah ini adalah satu yang istimewa berbanding dengan ibadah lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi. Ini kerana, ibadah solat ini diterima secara langsung oleh Nabi Muhammad S.A.W daripada Allah S.W.T di langit pada peristiwa agung iaitu isra’ dan mi`raj. Justeru itu, ibadah ini adalah satu anugerah daripada Allah S.W.T kepada makhlukNya yang bernama manusia untuk dilaksanakan sebagai perintah wajib secara qatie sebagai tanda kesyukurannya kepada Pencipta Yang Maha Esa. Meskipun ungkapan solat sehari semalam lima begitu mudah untuk diungkapkan oleh lisan manusia, namun dari segi amali atau praktikalnya begitu sukar dan berat untuk dilaksanakannya. Dengan kata lain jika dilihat pada zahir ibadah solat tersebut, ia bukanlah mengambil masa yang lama untuk dilakukan barangkali mengambil masa lima hingga sepuluh minit untuk satu waktu.
Namun begitu, ia merupakan satu beban kepada manusia yang tidak pernah melakukan ataupun yang timbul tenggelam menunaikannya. Maka sebagai jalan mudahnya, ibadah tersebut diabaikan mungkin disebabkan sifatnya yang malas, mengambil mudah, tidak penting atau malu untuk melaksanakan kerana dibimbangi perlakuannya tersebut akan menjadi bahan bualan orang yang melihatnya disebabkan selama ini ia tidak pernah bersolat. Pada kemuncaknya, apabila sifat-sifat tercela yang dinyatakan tersebut sudah sebati dalam diri inidividu manusia, maka pada anggapannya ibadah solat bukanlah satu perkara penting dalam hidupnya dan tidak merasakan kebimbangan, keresahan dan kegerunan apabila ibadah tersebut ditinggalkan. Secara itlaknya, manusia yang bersifat sedemikian adalah termasuk dalam golongan yang diistilahkan sebagai al-khusran (rugi) dalam perundangan Islam dan akan dikenakan bala (ibtila’) dan azab yang pedih bukan sahaja di dunia tetapi yang lebih malang pada hari akhirat kelak. Ironinya, bagi golongan manusia yang melaksanakan tuntutan ibadah tersebut secara sempurna maka ia termasuk dalam golongan yang diistilahkan oleh Allah S.W.T sebagai al-falah (berjaya). Golongan inilah yang mendapat kebaikan di dunia dan akhirat (hasanah fi al-dunya wa al-akhirah).
Keistimewaan Solat
Secara nisbinya, ibadah solat bukan hanya dilaksanakan secara gerakan fizikal semata-mata seperti yang dilihat oleh mata kasar manusia tetapi ia perlu ditunaikan hak-hak tersebut secara sempurna dengan perasaan kehambaan dan keikhlasan yang dikhususkan kepada Allah S.W.T. Unjuran untuk memenuhi tuntutan tersebut direkodkan dalam sebuah hadith Nabi S.A.W yang dipetik dalam kitab Tanbih al-Ghafilin, bemaksud:
“Diriwayatkan oleh `Ubadah ibn Al-Shamit R.A, Nabi S.A.W bersabda: Allah mewajibkan ke atas hamba-hambaNya solat lima waktu. Barang siapa yang melakukan dengan sempurna dan tidak mengurangi hak-hak solat itu kerana menganggap sebagai remeh, maka di sisi Allah dijanjikan dengan Syurga, dan barang siapa yang meninggalkannya kerana beranggapan hak-hak tersebut sebagai remeh, maka di sisi Allah tidak ada janji , apabila Allah mengkehendakinya, maka Allah mengasihaninya dan apabila tidak, maka Allah akan menyiksanya.”
Berdasarkan kepada mafhum hadith tersebut, ia memberi satu pengajaran kepada manusia berkaitan hak yang perlu dilaksanakan oleh manusia dalam menunaikan solat. Di samping itu, manusia juga diberi peringatan berkaitan dengan ganjaran dan balasan yang disediakan oleh Allah terhadap pelaku yang menunaikan dan yang meninggalkan ibadah tersebut.
Keistimewaan ibadah solat diperihalkan oleh ulama’ sebagai satu ibadah yang mulia. Abu Laith al-Samarqandi menukilkan bahawa ketika Allah S.W.T menciptakan langit, ia dipenuhi dengan para Malaikat dan ditugaskan untuk menunaikan ibadah solat. Para Malaikat melaksanakannya tanpa henti walau sesaaat pun. Allah S.W.T telah memperuntukkan amalan khusus kepada para penduduk langit sehingga berlakunya hari Qiamat. Sebagai contoh, sebahagian daripada para Malaikat diperintahkan beribadah dalam keadaan berdiri, sekelompok yang lain pula berada dalam keadaan ruku’, ada pula dalam keadaan sujud. Sebahagian yang lain merendahkan sayapnya disebabkan tunduk kepada Keagungan Allah S.W.T, begitu juga dengan golongan ahli `Illiyin dan ahli `Arsy sentiasa berdiri mengelilingi `Arasy sambil bertasbih memuji Allah S.W.T dan memohon keampunan kepada manusia yang berada di bumi. Berasaskan kepada amalan tersebut, Allah S.W.T menghimpunkan metod ibadah yang dipraktikkan oleh penduduk langit (para Malaikat) dan dirumuskan dalam bentuk ibadah solat yang diklasifikasikan sebagai ibadah yang istimewa untuk golongan manusia yang beriman. Justeru itu, bagi golongan manusia yang melaksanakan tuntutan ibadah tersebut sebagai ganjarannya mereka akan memperolehi faedah-faedah yang diperolehi oleh para Malaikat dan yang lebih istimewa lagi manusia dianugerahkan dengan kitab al-Qur’an untuk bacaan dan juga sebagai perlembagaan yang agung.
Dalam pada itu, Sa`id meriwayatkan daripada Qatadah bahawa Nabi Danial A.S dalam member gambaran tentang sifat-sifat umat Nabi Muhammad S.A.W, beliau bersabda:
“Mereka menunaikan suatu solat, sekiranya ibadah tersebut dilaksanakan oleh umat Nabi Nuh A.S nescaya mereka tidak akan tenggelam. Di samping itu, jika ibadah tersebut dilaksanakan oleh kaum `Ad, barangkali mereka tidak ditimpa dengan angin taufan yang dahsyat, dan jika dilakukan oleh kaum Samud, sudah tentu mereka tidak ditimpa dengan seksaan suara keras bagaikan halilintar.” Kemudian Qatadah berkata: “Hendaklah kamu sentiasa menunaikan solat, kerana solat itu adalah sebaik-baik perilaku terhadap orang-orang yang beriman.”
Hak-Hak Yang Perlu Ditunaikan Dalam Solat
Sebagai persediaan kepada individu-individu untuk menunaikan solat, terdapat beberapa hak atau keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi. Ketentuan ini ditegaskan oleh Abu Laith dalam teks penulisannya “Tanbih al-Ghafilin” berkaitan dengan garis panduan yang perlu diberi perhatian supaya ibadah solat tersebut dapat dilaksanakan secara sempurna. Perinciannya adalah seperti berikut:
1. Memiliki Ilmu Pengetahuan.
- Mengetahui perkara yang wajib dan sunat tentang ibadah yang dilaksanakan. Ini kerana, perlaksanaan solat tersebut tidak sah melainkan memiliki kefahaman dan pengetahuan perkara-perkara berkaitan.
- Mengetahui tentang amalan yang wajib dan sunat berkaitan dengan kaedah-kaedah mengambil wudu’.
- Mengetahui tipu daya Syaitan dalam solat dan bagaimana mengatasinya.
2. Wudu’ Yang Sempurna
- Membersihkan hati daripada perasaan dengki dan jahat.
- Membersihkan tubuh badan daripada dosa.
- Menbasuh anggota wudu’ secara sempurna tanpa membazirkan air.
3. Pakaian Yang Sempurna
- Pakaian dari sumber yang halal.
- Bersih daripada najis.
- Bersesuaian dengan Sunnah. Bukan mempunyai tujuan untuk bermegah-megah.
4. Memelihara Waktu
- Mengetahui waktu solat
- Telinga sentiasa mendengar suara azan.
- Hati sentiasa terikat dengan waktu solat.
5. Mengadap Kiblat
- Mengadap muka ke arah Kiblat
- Memfokuskan kepada Allah dengan sepenuh hati.
- Perasaaan khusu` dan merendah diri.
6. Niat
- Mengetahui solat yang ditunaikan
- Menyedari dengan cara berhati-hati berdiri di hadapan Allah dan Allah melihat apa yang dilakukan oleh hambaNya.
- Menginsafi bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang ada pada hati manusia. Justeru itu, bersihkanlah hati daripada dilalaikan dengan aktiviti dunia.
7. Takbirat al-Ihram
- Takbir secara jazam dan penuh keyakinan.
- Mengangkat kedua tangan sejajar dengan paras dua telinga.
- Memfokuskan hati dan melafazkan tabir dengan kusyu`.
8. Berdiri Betul
- Mata memfokuskan kepada tempat sujud.
- Mengarahkan hati kepada Allah.
- Tidak mengalihkan pandangan mata kepada tempat lain.
9. Membaca Ayat al-Qur’an Secara Sempurna
- Membaca surah al-Fatihah dengan bacaan yang tartil.
- Memahami maksud yang dibaca.
- Mempraktikkan apa yang dibaca.
10. Ruku` Yang Sempurna
- Meluruskan tulang punggung.
- Meletakkan kedua tapak tangan pada lutut dan merenggangkan jari.
- Thumakninah dan membaca tasbih mengagungkan Allah.
11. Sujud Dengan Sempurna
- Meletakkan kedua tapak tangan sejajar dengan kedua telinga.
- Tidak meletakkan (menghamparkan) kedua lengan pada tempat sujud.
- Thumakninah dan membaca tasbih mengagungkan Allah.
12. Duduk Dengan Sempurna
- Duduk di atas tapak kaki kiri dan menegakkan tapak kaki kanan.
- Membaca tasyahud dengan penuh ta`zim dan berdoa untuk diri sendiri dan juga kepada seluruh kaum muslimin.
- Mengucapkan salam dengan sempurna merangkumi perkara-perkara seperti:
i- Niat memberi salam yang lahir dari lubuk hati semoga kesejahteraan itu dilimpahkan kepada para Malaikat dan termasuklah kepada orang yang berada di sebelah kanan dan kiri barisannya. Ketika memberi salam pandangannya tidak melebihi kedua bahu.
Dalam pada itu, kesempurnaan ibadah solat tersebut akan lebih sempurna sekiranya ia disertai dengan perasaan ikhlas kepada Allah S.W.T. Dengan kata lain, kesempurnaan ikhlas tersebut merangkumi tiga komponen seperti berikut:
- Melakukan solat kerana Allah
- Melaksanakan solat kerana taufiq daripda Allah.
- Memelihara solat kerana setiap individu akan berhadapan dengan Allah pada hari pembalasan kelak.
Kesimpulan
Justeru itu, setiap individu yang melaksanakan solat perlu mengetahui ibadah yang dikerjakannya dan memahami nilai hakikat pekerjaan tersebut. Ini kerana, apabila sesuatu amalan itu difahami secara lahiriah dan batiniah, secara implisitnya, akan lahirlah perasaaan syukur kepada Allah di atas segala nikmat dan hidayah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada manusia. Ini kerana, dalam ibadah solat terkumpul pelbagai rahsia kebaikan yang perlu dirungkai oleh manusia yang merangkumi pergerakan fizikal dan juga zikir. Oleh yang demikian, apabila ia dilaksanakan dengan penuh khusu` dan sempurna ia akan meninggalkan impak yang positif dalam proses pembersihan jiwa manusia daripada kekotoran batiniah yang boleh menjauhkan diri mereka dengan PenciptaNya. Sebaliknya, jika amalan tersebut tidak dijaga dengan sempurna maka nyatalah golongan tersebut adalah termasuk dalam kelompok manusia yang rugi di sisi Allah. Wal`iyazubillah.
-AbuRushd-
Thursday, July 16, 2009
Hikmah Solat
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi, kepada pengunjung saya mohon maaf disebabkan sudah lama tidak dikemaskinikan blog ini.
Saya telah menerima satu email, dan ianya sangat menarik untuk dikongsi dengan para pembaca. Meskipun tidak ada rujukan yang sahih tentang penemuan tersebut tetapi dirasakan ianya boleh dibuktikan dan dipanjangkan lagi kajian tersebut secara ilmiah. Semoga ia memberi manfaat kepada para pembaca semua. Berjumpa lagi.
Hikmah Solat
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asingbagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid? Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi system metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor... Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi system reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
-Abu Rushd-
Sunday, June 21, 2009
Carilah Rezeki Yang Halal
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Bertemu lagi dalam ruang pada kali ini. Saya mohon maaf kepada para pembaca kerana tidak menyajikan penulisan kepada anda disebabkan ada sedikit masalah pada blog ini. Semoga penulisan pada kali ini dapat direnungi dan diambil iktibar oleh para pembaca. Terima kasih
Islam begitu mengapreasiasikan umatnya supaya berusaha dengan gigih dalam aktiviti pencarian rezeki. Jika ditinjau daripada skop keusahawanan, setiap tindakan dan usaha yang dilakukan oleh setiap pengusaha adalah terikat dengan konsep yang diistilahkan sebagai ibadah. Oleh kerana ia dinilai sebagai ibadah, sudah tentulah ia perlu dilakukan secara ikhlas dan jujur berasaskan kepada ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa. Di samping itu juga, setiap aktiviti dan amalan yang terangkum dalam skop keusahawanan tersebut perlu terikat sepenuhnya kepada tata cara mu`amalah Islam. Bertitik-tolak daripada pengertian tersebut, Islam menuntut kepada setiap individu manusia supaya berusaha mengolah segala sumber yang dianugerahkan untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara yang halal dan bersih daripada unsur-unsur kekejian yang menyalahi prinsip syara`. Keperluan untuk mematuhi perkara tersebut adalah merupakan sebahagian daripada perkara asas sebagaimana yang dituntut oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.
Pada hakikatnya, kodifikasi tata kelakuan manusia sama ada pada domain yang dizinkan ole syara` atau sebaliknya telahpun dijelaskan oleh al-Qur’an. Umumnya, al-Qur’an telah memberi penegasan kepada manusia supaya bermu`amalah dengan jalan yang haq dan dihalalkan oleh syara`. Petunjuk ini adalah berasaskan kepada firman Allah S.W.T antaranya iaitu:
Maksudnya: Katakanlah: Adakah kamu lihat apa yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi: Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?
(Yunus: 59)
Mengulas ayat di atas, Ibn Kathir memberikan pandangannya bahawa Allah S.W.T mencela golongan yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan rezekiNya tetapi sebahagian daripada rezeki tersebut dinyatakan haram dan sebahagian daripada yang lain ditafsirkan halal menurut keperluannya sendiri. Secara relatifnya, manusia tersebut hanya menurut kehendak hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata tanpa bersandarkan kepada tafsiran agama. Oleh yang demikian, manusia yang bertindak mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T diancam dengan azab siksaan yang pedih pada hari akhirat kelak disebabkan mereka dianggap mengada-adakan kedustaan terhadap Allah.
Dalam pada itu, al-Qur’an juga memberi petunjuk kepada manusia tentang garis panduan perkara yang halal dan haram dalam aktiviti transaksi sesama mereka. Ia bertujuan untuk memberi gambaran kepada manusia tentang kodifikasi hukum yang berkaitan perbuatan yang dibenarkan atau ditegah oleh syara`. Dalam persoalan ini, ia boleh dipetik berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam al-Qur’an iaitu:
Maksudnya: ”Iaitu orang yang mengikut Rasulullah Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka mengerjakan yang baik, dan melarang yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik, dan mengharamkan yang buruk; dan ia menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an), mereka itulah orang yang berjaya.”
(al-A`raf: 157)
Dalam memberi penafsiran ayat tersebut, Imam Ibn Kathir menjelaskan bahawa tafsiran ayat " " ويØÙ„ لهم الطيبت ويØرم عليهم memberi maksud menghalalkan apa yang diharamkan oleh orang-orang pada masa jahiliah daripada makanan yang baik dan mengharamkan semua yang keji dan berbahaya seperti daging babi, bangkai dan riba. Daripada penjelasan tersebut ia memberi gambaran bahawa setiap perkara yang dihalalkan oleh Allah S.W.T mengandungi rahsia atau kebaikan untuk tubuh badan manusia dan untuk kebaikan agama. Begitu juga dengan perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T sudah tentulah ia mengundang bahaya kepada tubuh badan dan juga kepada agama. Secara amnya, pada ayat 157 tersebut Allah menyatakan berkenaan dengan rahmatNya yang meliputi setiap sesuatu. Walau bagaimanapun, rahmat Allah tersebut hanya dianugerahkan kepada manusia yang beriman, bertaqwa dan mematuhi perintah Nabi Muhammad S.A.W. Selayaknya, golongan inilah yang pasti akan memperolehi keuntungan, kebahagiaan dan kejayaan dunia serta akhirat.
Begitu juga dalam ayat yang lain, firman Allah S.W.T dalam al-Qur’an,
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu.
(al-Nisa’:29)
Menurut Ibn Kathir, ayat tersebut memberi pengertian bahawa Allah S.W.T melarang hamba-hambaNya memakan harta sesamanya dengan cara yang batil. Dengan kata lain, iaitu mencari keuntungan dengan cara yang tidak sah dan bertentangan dengan syari`at seperti riba’, judi dan perbuatan-perbuatan lain yang ditegah oleh Islam. Ini kerana, semua tindakan tersebut seolah-olah nampak bersesuaian dengan kehendak syara`, namun Allah S.W.T mengetahui segalanya setiap perkara yang dilakukan oleh manusia. Tambahan lagi perkara yang dilakukan tersebut merupakan satu helah yang dilakukan oleh manusia yang merupakan dalihan untuk mengelak daripada ketentuan hukum yang digariskan oleh syara`.
Secara praktikalnya, Islam memuji para penganutnya yang berusaha melibatkan diri dalam sektor keusahawanan ataupun perdagangan. Namun begitu, usaha mencari keuntungan melalui jalan tersebut perlulah melalui saluran yang halal dan diberkati oleh Allah S.W.T. Justeru itu, individu usahawan yang berusaha secara tekun melalui jalan yang dihalalkan oleh syara` sudah pastilah ia akan diredhai oleh Allah dan secara tidak langsung mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh agama sebagai usahawan yang berjaya. Penghormatan yang diberikan ini disebabkan perilaku usahawan tersebut sentiasa terikat dengan ketentuan agama dan nilai kebaikan yang mendorong mereka agar tidak terlibat dengan sebarang bentuk kegiatan atau aktiviti yang menyalahi peraturan syara`. Atas kemuliaan prinsip tersebut, mu`amalah Islam memberi peringatan kepada para pengusaha supaya tidak terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur-unsur seperti riba, menipu, kegiatan menyorok barang, memanipulasi harga, rasuah dan sebagainya. Realitinya, tindakan-tindakan yang dinyatakan tersebut bertentangan dengan kepentingan maqasid al-syar`iyyah iaitu bertunjangkan prinsip keadilan, menjauhi unsur-unsur kezaliman dan juga kepentingan memelihara harta.
Tuntutan kepada para pengusaha supaya memberi keutamaan kepada aktiviti yang sihat dan dihalalkan oleh syara` serta tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak negatif banyak ditegaskan dalam al-Sunnah antaranya seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
”Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat sebagai orang yang curang, kecuali orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebajikan dan jujur.
(al-Tirmidhi)
Dalam keterangan hadis yang lain sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
”Ada tiga golongan di mana Allah tidak mahu melihat mereka, tidak mensucikan dan mereka mendapat seksaan yang sangat menyakitkan. Salah satu daripada mereka adalah orang yang memasarkan dagangannya dengan sumpah palsu.”
(al-Tirmidhi)
Begitu juga dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang ada di tangannya kepunyaan saudaranya, diperolehinya dengan jalan tidak halal, hendaklah diadakannya penyelesaian, kerana di situ (di akhirat) nanti tidak ada dinar dan dirham (untuk membayar). Jangan sampai nanti diambil kebaikannya untuk diberikan kepada saudaranya. Setelah habis kebaikannya, diambil dosa saudaranya lalu ditimpakan kepadanya."
(al-Bukhari)
Pada hadis yang lain pula yang bermaksud: dari 'Iyadh bin Himar Al Mujasyi'iy R.A katanya: "Pada suatu hari Rasulullah S.A.W bersabda dalam khutbah seperti berikut:
"............. Firman Allah Ta'ala, "Penduduk Syurga ada tiga jenis: (1) Penguasa yang adil, pemurah, dan bertindak sesuai dengan hukum. (2) Orang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap kaum kerabat dan kaum muslimin. (3) Orang daif yang tidak memiliki keupayaan akal yang sihat, mereka di samping kamu hanyalah pengikutmu, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak berhajat kepada kekayaan. Penduduk Neraka ada lima jenis: (1) Orang daif yang tidak menggunakan akalnya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya. (2) Pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal yang kecilpun dikhianatinya juga. (3) Orang yang pada waktu pagi dan petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan harta mu, (4) Orang bakhil atau pendusta. (5) Orang yang bermulut kotor (orang yang bersikap buruk dan memfitnah).
(Muslim)
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud:
“Nabi S.A.W bersabda akan ada satu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi memperdulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah daripada yang halal atau haram?.”
(Bukhari)
Berasaskan kepada beberapa hadith yang telah dibentangkan tersebut dapat difahami bahawa Islam mengharamkan sebarang bentuk perdagangan atau perusahaan yang mengandungi unsur-unsur kezaliman, ketidakadilan, penindasan, diskriminasi dan sebagainya. Ini kerana, sifat-sifat tersebut mempunyai stigma nilai yang tercela dengan fitrah agama dan manusia. Tambahan lagi pendapatan yang diperolehi dengan jalan yang salah tersebut bukan sahaja tidak mendapat keberkatan tetapi juga mematikan nilai-nilai kebaikan dalam diri usahawan. Dalam hal ini, Imam al-Ghazali telah menyatakan bahawa setiap individu manusia wajib berusaha untuk mencari makanan melalui jalan yang diiktiraf dan dihalalkan oleh syara`. Beliau telah membuat satu garis panduan tentang perkara tersebut iaitu yang pertama, sesuatu harta itu dikategorikan sebagai haram disebabkan zat benda itu sendiri. Kedua, sesuatu harta itu ditaksirkan sebagai haram disebabkan perkara yang mendatang seperti perolehan harta tersebut didapati daripada sumber yang tidak betul. Imam al-Ghazali juga turut memetik berkaitan athar daripada para sahabat di antaranya peristiwa yang berlaku ke atas Sayyidina Abu Bakar. Beliau menukilkan bahawa pada suatu hari Sayyidina Abu Bakar telah meminum seteguk susu yang diperolehi daripada hamba sahayanya hasil daripada tenungannya. Apabila selesai minum, ia bertanya, daripada mana susu tersebut diperolehi. Hamba tersebut menjawab ”Saya telah memberikan ramalan (tenungan) kepada satu kelompok manusia, lalu sebagai upahnya saya diberikan susu.” Mendengar jawapan tersebut beliau segera memasukkan jarinya ke dalam mulut dan memuntahkan sehinggakan saya menyangka bahawa beliau meninggal dunia kerananya.” Setelah selesai muntah beliau berdoa: ”Ya Allah! Hamba memohon kebebasan padamu daripada makanan yang telah dibawa oleh urat-urat tubuh serta yang sudah bercampur aduk dalam perut.” Kes yang berlaku tersebut memberi pengajaran kepada umat Islam tentang kaedah orang-orang salaf dalam memelihara diri mereka daripada sumber-sumber harta yang syubhah.
Menurut Muhammad Uthman Syabir, pada dasarnya syara` telah memberi garis panduan umum keapada manusia dalam urusan mu`amalah bahawa segala bentuk akad dan terma-terma yang diimplementasikan dalam kontrak mu`amalah adalah bersifat harus. Walau bagaimanapun, keharusan ini adalah terbatas dan terhad jika terdapat peruntukan daripada nas yang melarang dan mengharamkannya. Secara itlaknya, Muhammad Abu Zahrah menukilkan indikasi-indikasi yang perlu difahami untuk mengenalpasti tindakan yang mempunyai perkaitan dengan hukum taklifi
Berdasarkan kepada petunjuk wahyu dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama’ maka usahawan berjaya menurut kerangka keusahawanan Islam sentiasa berhati-hati dalam tindakan dalam menerokai, mencipta dan merebut peluang serta mencari sumber-sumber perolehan supaya ia tidak menyalahi kehendak syara`. Sebagai contoh, dalam aspek sumber perolehan, usahawan yang berjaya sentiasa peka dan bersikap perihatin berkenaan dengan sumber modal yang menjadi penjana utama aktiviti yang diusahakannya. Hal yang demikian disebabkan sumber yang halal dan bersih daripada segala unsur yang diharamkan oleh syara’ akan memberikan impak kepada diri dan pembangunan usahawan.
Apa yang jelas sumber yang halal akan menjanjikan natijah kebaikan dan keuntungan kepada para usahawan bukan sahaja di dunia tetapi yang lebih penting keredhaan Allah S.W.T pada hari akhirat kelak. Sebagai contoh, sumber pembiayaan kewangan seperti modal untuk menggerakkan aktiviti perdagangan ataupun membiayai entiti aktiviti tersebut. Jika sumber kewangan tersebut didapati melalui pinjaman sudah tentulah ia perlu dipastikan institusi kewangan ataupun agensi-agensi yang membiayai bantuan kemudahan tersebut adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip syara`. Setiap transaksi yang berlaku tersebut perlu bebas daripada unsur-unsur gharar dan riba. Ini kerana, unsur-unsur tersebut jelas dilarang oleh Islam. Begitu juga dengan hasil pandapatan yang diperolehinya sama ada melalui aktiviti perdagangan, pelaburan, pertanian, perindustrian, perikanan dan sebagainya perlu ditunaikan kewajipan-kewajipan tertentu seperti zakat perniagaan, simpanan dan lain-lain.
Melihat kepada kepentingan tersebut, al-Maududi telah menegaskan bahawa setiap individu muslim termasuklah usahawan perlu mengambil sikap berhati-hati dalam meneroka atau melaburkan modal dalam sesuatu perusahaan. Adalah perlu dipastikan modal tersebut dilaburkan dalam prospek pelaburan yang halal meskipun pulangan keuntungan adalah minimum berbanding dengan pelaburan pada sektor yang mengandungi unsur-unsur yang diharamkan oleh syara`. Oleh yang demikian jelaslah bahawa skop keusahawanan Islam bukanlah cenderung kepada motif keuntungan sehingga menafikan ketentuan dalam agama. Sebaliknya, setiap aktiviti yang dijana atau dirancang perlu dilihat kepada kaca mata penilaian agama dan kemaslahatan umat manusia amnya. Apa yang nyata, pelaburan atau penjanaan aktiviti harta pada jalan yang salah pasti memusnahkan keharmonian institusi masyarakat dan penyebab kepada pelanggaran hak orang ramai.
Tegasnya, antara penilaian kriteria usahawan berjaya menurut kerangka keusahawan Islam ialah individu yang sentiasa berusaha memakmurkan sumber alam untuk kesejahteraan umat manusia sejagat melalui saluran-saluran yang dihalalkan oleh syara`. Untuk tujuan tersebut, Islam membuka pintu seluas-luasnya kepada manusia untuk merencanakan aktiviti mu`amalah untuk faedah umum manusia. Namun begitu, usaha yang dilakukan tersebut perlu selari dengan prinsip yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, pendapatan atau perolehan yang didapati oleh para pengusaha secara suci dan halal adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya di dunia ini sebagai bukti ketaatannya yang tinggi dan juga untuk memenuhi keperluan ibadahnya kepada Allah S.W.T dan juga sesama makhluk yang lain. Menginsafi ketentuan pengertian tersebut ia memberi panduan kepada para usahawan bahawa hasil keuntungan yang diperolehi dengan cara yang halal akan memberi impak yang positif terhadap pola perkembangan fizikal dan spiritual individu yang terlibat. Apabila ia berjaya dipatuhi nescaya terbuka dan suburnya pintu-pintu rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T kepada para pengusaha yang beriman tersebut.
_Abu Rushd-
Wednesday, April 22, 2009
senandung hikmah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam ruangan penulisan pada kali ini, sudah lama rasanya saya tidak singgah ke blog ini. Ketika sedang membaca beberapa artikel di internet saya begitu tertarik dengan nukilan cerita yang disampaikan oleh saudara kita dalam ruangan Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah. Semoga ia dapat memberi manfaat dan memberi kesedaran serta keinsafan kepada kita semua termasuk saya. Ternyatalah benar firman Allah S.W.T "Sesungguhnya agama yang benar disisi Allah adalah Islam". Marilah sama kita renungkannya.Sehingga bertemu lagi.
Ada seorang pemuda arab yang baru saja menamatkan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi anugerah oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.
Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!
Sang pendeta pun mulai bertanya, "
1.Sebutkan satu yang tiada duanya,
2.dua yang tiada tiganya,
3.tiga yang tiada empatnya,
4.empat yang tiada limanya,
5.lima yang tiada enamnya,
6.enam yang tiada tujuhnya,
7.tujuh yang tiada delapannya,
8.delapan yang tiada sembilannya,
9.sembilan yang tiada sepuluhnya,
10.sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11.sebelas yang tiada dua belasnya,
12.dua belas yang tiada tiga belasnya,
13.tiga belas yang tiada empat belasnya.
14.Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15.Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16.Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
17.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19.Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah
yang terpelihara dari api?
20.Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22.Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata,
1.Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2.Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
3.Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4.Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5.Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6.Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7.Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8.Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
9.Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu, belalang dan pent.
10.Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
11.Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
12.Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13.Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14.Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
15.Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16.Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
17.Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
18.Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19.Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
20.Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21.Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
22.Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian akan marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu Al La Ilaha Illallah Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.
-Abu Rushd-
Tuesday, March 3, 2009
Usahawan Berilmu
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi dalam ruangan ini, pada kali ini saya ingin berkonsi artikel dengan anda berkaitan dengan topik keusahawanan yang memfokuskan aspek ilmu. Semoga mendapat manfaat darinya.
Pendahuluan
Maksudnya: Apabila telah menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu berjaya.
(al-Jumu`ah: 10)
Merujuk kepada maksud firman Allah tersebut, Imam Ibn Kathir dalam karyanya yang terkenal ”Tafsir Ibn Kathir” mengemukakan pandangannya bahawa setelah manusia selesai menunaikan solat, maka mereka diminta untuk meneruskan aktiviti pekerjaan mencari rezeki di bumi Allah ini. Meskipun manusia dituntut beriltizam melaksanakan tanggungjawab tersebut, namun di akhir ayat tersebut ia menuntut manusia mengikat diri kepada Pencipta-Nya. Secara prinsipnya Islam menyeru penganutnya memaksimumkan usaha mereka dalam soal pencarian kurnia Allah (rezeki), walau bagaimanapun, usaha ke arah pencapaian tersebut perlu ada batasannya supaya manusia tidak bersikap alpa dan lalai daripada mengingati Allah. Ini kerana, kepatuhan manusia kepada titah perintah Allah akan memberi keuntungan dan kejayaan yang hakiki secara mutlak kepada manusia.
Jika disingkap sirah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W., Baginda juga adalah antara individu usahawan yang berjaya sama ada dalam bidang perniagaan, pengurusan, kemanusiaan dan sebagainya. Dalam konteks perniagaan, Baginda telah berjaya menguruskan perniagaan yang dimiliki oleh Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid dengan begitu cemerlang. Di samping sifat-sifat luhur yang dimiliki oleh Nabi S.A.W seperti benar, amanah, menepati janji dan sebagainya Baginda juga mempunyai keilmuan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Ilmu keusahawanan yang di asuh dalam diri Baginda sejak dari kecil lagi telah berjaya mematangkan kemahiran keusahwanan menjadi usahawan yang berjaya dalam pelbagai bidang.
Pandangan al-Qur’an dan al-Sunnah Berkaitan Usahawan Berilmu
Maksudnya: “Dan pertukaran malam dan siang silih berganti, dan rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta peredaran angin, semuanya mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.” (al-Jathiyah:5)
Dalam surah al-Baqarah Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: “Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar. Dan janganlah engkau tergesa-gesa membaca Al-Qur'an sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Taha:114)
Mengulas ayat dalam surah al-Baqarah, Ibn Kathir menjelaskan berdasarkan riwayat Abu Hurairah Rasululullah S.A.W. sentiasa berdoa dengan membaca “ Ya Allah berilah aku manfaat dari apa yang engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat bagiku dan tambahkanlah ilmu pengetahuan kepadaku, dan segala pujian bagiMu atas segala hal.”
Manusia secara tabienya sentiasa memerlukan ilmu. Dengan medium ilmu tersebut, manusia dapat memacu mengembangkan potensi yang ada padanya memanfaatkan segala kurniaan yang telah dianugerahkan kepadanya.
Keterangan ini juga boleh dilihat melalui pemberitahuan Nabi S.A.W dalam sunnahnya, antaranya seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila seorang manusia telah meninggal, maka putuslah (terhenti) segala amalnya, kecuali tiga perkara: (1) Sedekah jariyah. (2) Ilmu yang diambil orang manfaatnya, dan (3) Anak yang soleh yang selalu mendoakannya."
(Muslim)
Dalam hadith yang lain, sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
(Muslim)
Dalam hadith yang lain, sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Dari Abu Musa R.A., katanya Nabi S.A.W bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk-tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya."
(Bukhari)
Oleh yang demikian jelaslah Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu untuk menghiasi kehidupan dengan cara yang lebih sempurna. Begitu juga dalam konteks keusahawanan, garapan ilmu pengetahuan sebagai sebahagian daripada prinsip-prinsip yang perlu dihayati oleh usahawan adalah bertepatan dengan tuntutan wahyu. Kombinasi ilmu pengetahuan dan juga kemahiran secara bersepadu adalah mekanisme yang ideal untuk melangsungkan survival usahawan dan secara tidak langsung dapat membina ketahanan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan usahawan.
Pandangan Islam Terhadap Usahawan Berilmu
Oleh yang demikian, tidak disangkal lagi usahawan yang terbilang memiliki pengetahuan kompeten yang kritis terhadap apa yang diusahakannya. Sebagai contoh, Menurut Ahmad Berek dalam penulisannya “Melahirkan Usahawan Bumiputera Merdeka: Pulihkan Semangat Usahawan” menjelaskan bahawa usahawan yang cemerlang sentiasa mendorong dirinya untuk berusaha dengan bersungguh dan tidak akan berhenti belajar sesuatu yang baru. Melalui ilmu pengetahuan, para usahawan akan bergerak dengan pantas menuntaskan idea-ideanya untuk mengembangkan bidang keusahawanan.
Menyedari hakikat ini, dorongan kepada usahawan membudayakan ilmu dalam lapangan keusahawanan dilihat sebagai prinsip asasi yang ditekankan oleh Islam. Ini kerana, usahawan bukan sahaja menguruskan dirinya semata-mata sebaliknya ia juga mentadbir sumber-sumber fizikal dan juga manusia yang lain. Seseorang usahawan perlu kepada kemahiran dan pengetahuan kepada ilmu pengurusan (sumber manusia, organisasi), sosial, kewangan, perakaunan, gelagat manusia, teknologi dan sebagainya. Secara de factonya, penguasaan ilmu pengetahuan adalah penting kepada para usahawan untuk bergiat sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam dunia keusahawanan yang penuh dengan cabaran.
Justeru itu, berdasarkan kepada kupasan tersebut Islam secara emphasisnya mendorong penganutnya khususnya golongan usahawan untuk mendalami ilmu secara konsisten untuk meningkatkan prestasi pekerjaan yang dilakukan. Bagi tujuan memotivasikan manusia menggali ilmu pengetahuan untuk tujuan kelangsungan peradaban manusia, Allah S.W.T telah meletakkan kedudukan yang tinggi bagi golongan yang berilmu. Kecenderungan yang konsisten dalam kalangan usahawan yang memberi penekanan kepada aktiviti pencarian ilmu akan dapat mengukuh dan mengembangkan lagi pengetahuan dalam selok-belok dunia keusahawnaan. Tambahan lagi dalam era digital pada masa kini pelbagai medium boleh digunakan untuk menambahkan input terkini dalam dunia usahawan. Sebagai contoh, seminar dan kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, melalui pelbagai laman web yang dibangunkan berkaitan keusahawanan, buku-buku dan pelbagai lagi. Apa yang penting ialah keinginan yang tinggi dalam diri usahawan untuk mendalami ilmu adalah faktor penting yang perlu ada.
Ilmu bukan sahaja dapat membantu usahawan untuk mendalami sesuatu bidang yang bakal diusahakannya bahkan ia merupakan sebahagian daripada elemen penting kepada kejayaan usahawan. Di samping kemampuan kewangan, pengalaman, kemahiran dan sebagainya yang perlu dimiliki oleh individu yang bergelar usahawan malah ilmu juga merupakan domain yang penting. Ini kerana, ilmu menjadi landasan kepada akal para usahawan yang berfungsi memandu tindakan mereka ke arah menjana kebaikan dan seterusnya mendorong mencapai kecemerlangan. Dalam istilah keusahawanan Islam, kejayaan yang perlu dicapai oleh individu usahawan ialah hasanah bukan sahaja di alam dunia tetapi juga berkesinambungan hingga ke alam akhirat. Inilah keunikan dan keistimewaan yang ada dalam keusahawanan Islam ia bukan sahaja mementingkan keuntungan material di dunia semata-mata bahkan yang lebih penting ialah ganjaran kebaikan di hari akhirat kelak.
Secara umumnya, usahawan perlu mengisi dirinya dengan keperluan ilmu-ilmu seperti berikut:
1. Ilmu Berkaitan Keusahawanan
Pada hakikatnya, asas-asas keusahawanan seperti pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan organisasi, perancangan bidang yang bakal diusahakan dan pelbagai lagi perlu dikuasai sepenuhnya oleh individu usahawan. Ilmu tersebut perlu dipelajari bukan sahaja sebelum memulakan aktiviti keusahawanan tetapi juga proses tersebut perlu dilakukan secara berterusan meskipun bidang yang diusahakan tersebut telah lama berjalan. Proses menuntut mendapat input berkaitan selok belok dunia usahawan tidak hanya terbatas kepada usahawan baru semata-mata. Sebaliknya ia merupakan amalan yang lazim diaplikasikan oleh usahawan yang telah berjaya. Lihat sahaja usahawan yang telah menempa kejayaan yang cemerlang pada hari ini, antaranya seperti Syed Mokhtar al-Bukhari beliau merupakan individu yang berusaha dengan gigih dan sentiasa membudayakan ilmu dalam amalan keusahawanannya. Atas kejayaannya tersebut beliau telah dianugerahkan “Tokoh Maal Hijrah” 2007 di atas kecemerlangan dan sumbangannya kepada masyarakat Islam di Malaysia.
2. Ilmu Berkaitan Kemanusiaan
Secara tipikalnya, objektif keusahawanan Islam adalah bertujuan untuk memberi manfaat kepada diri individu dan manusia sejagat serta setiap makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang lain. Menurut Uthman Syabir dalam ”al-Mu`amalah al-Maliyah al-Mu`asirah fi al-Fiqh al-Islami”, berasaskan maslahah inilah kepentingan manusia menjadi indikasi kepada segala bentuk aktiviti yang dilakukan oleh usahawan. Apabila usaha dan kreativiti manusia difokuskan kepada prinsip tersebut ia akan mendorong momentum tenaga dan pemikiran manusia memanipulasikan sumber alam ataupun sebarang bentuk aktiviti lain untuk menjana manfaat dan faedah yang bermotifkan kebajikan umum. Ini kerana, hasil usaha yang dilakukan oleh manusia sama ada yang berimpakkan material ataupun hasil pemikiran yang dinamis bukan hanya untuk keuntungan individu semata-mata. Sebaliknya ia perlu diimbangi dengan asas-asas pertimbangan yang berorientasikan komuniti masyarakat dan memenuhi kerangka syari`at. Dengan yang demikian, amalan keusahawanan yang digembelingkan dengan nilai kemanusiaan dalah bersifat terbuka dan tidak hanya disempitkan di bawah ruang lingkup kebendaan semata-mata yang sentiasa mempengaruhi manusia.
Berdasarkan kepada kepentingan inilah usahawan perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu kemanusiaan yang mendorong kepada memelihara kepentingan dan kebajikan manusia umum. Ini kerana, apa sahaja usaha atau amal yang dilakukan oleh usahawan adalah untuk mencapai satu matlamat mulia dan terpuji iaitu menghormati dan memelihara hak-hak individu yang lain. Secara tidak langsung ia akan memberi petunjuk dan bimbingan kepada usahawan untuk mencapai kejayaan sama ada kejayaan dalam bentuk material, penghargaan terhadap apa sahaja sumbangan dan juga berjaya dalam aspek kerohanian yang merupakan kemuncak kepada kebahagiaan yang dicari oleh manusia. Usahawan yang diikat dengan nilai kemanusiaan sentiasa bersikap adil, bersimpati dengan masyarakat disekelilingnya, berkasih-sayang, membantu dan tolong-menolong, menyuburkan perasaan ukhuwwah, bersikap ihsan, dan bersikap untuk maju ke hadapan serta tidak mengambil kesempatan atas kesulitan yang dihadapi oleh orang lain.
3. Ilmu Berkaitan Akhirat
Dalam konteks ini, falsafah keusahawanan Islam yang disuburkan dengan manhaj rabbani adalah merupakan sesuatu entiti yang penting. Ini kerana, melalui kefahaman konsep ini ia dapat menimbulkan stimulasi yang positif iaitu hubung kait faktor kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T dengan faktor kehidupan dan juga alam. Sememangnya tidak dinafikan perhubungan manusia dan alam adalah satu hubungan yang bersifat simbiosis dan begitu sinonim. Dengan kata lain, manusia memerlukan alam untuk urusan kehidupannya. Atas keperluan tersebutlah, manusia diberi panduan untuk menguruskannya secara berhikmah. Begitu juga dengan alam yang sentiasa mematuhi perintah Sunnah Allah supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia. Asas ketentuan yang dinyatakan ini mengisyaratkan kepada manusia supaya bergerak dan bertindak dalam spektrum yang terarah kepada jalan-jalan yang telah ditentukan oleh syara`. Keterikatan kepada doktrin rabbani dilihat sesuatu yang amat penting kerana ianya mengawal tindak-tanduk manusia daripada cenderung kepada nilai-nilai kemanusiaan yang bersifat individualistik dan materialistik.
Atas kepentingan inilah, konsep rabbani yang bertunjangkan unsur rohaniah dilihat sebagai indikasi kepada para usahawan dalam menentukan sesuatu tindakan, mengambil keputusan atau merancang sesuatu perkara. Melalui petunjuk rabbani manusia memperolehi ilmu, pengisyaratan jalan yang benar atau yang salah, perbuatan yang terpuji atau yang dikeji. Secara tidak langsung, ia membantu manusia menyusun dan mengatur asas-asas untuk kelangsungan kehidupan yang ideal dan sentiasa bergantung kepada Allah Yang Maha Esa bagi memenuhi fungsinya sebagai hamba dan khalifatulard.
Tegasnya, sebagai seorang usahawan ia perlu memiliki daya kekuatan beribadah yang berkualiti. Pudarnya kualiti ibadah tersebut mengakibatkan golongan usahawan mengabaikan tanggungjawab beragama. Ini kerana, kenaifan para usahawan dalam memahami hubungan rohaniah manusia dan Rabb dalam konteks peribadatan menyebabkan mereka kufur terhadap nikmat yang telah dikurniakan. Situasi yang berlaku ini cenderung memfokuskan golongan tersebut kepada usaha yang mungkar, kefasadan, khusran dan unsur-unsur lain yang berkonfrantasi dengan syari`at Islam. Fenomena fasad ini telah disentuh dalam al-Qur’an. Pada hakikatnya, Allah S.W.T dengan tegas melarang manusia daripada terpengaruh sifat negatif tersebut. Keterangan ini dapat dilihat mellaui firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (al-Rum: 41).
Menurut al-Khallaf dalam “al-Madiyah al-Islamiah wa `Abduha”, tafsiran ayat tersebut dapat difahami bahawa Allah S.W.T memandang keji kepada perbuatan atau aktiviti yang mendorong kepada kerosakan dan kebinasaan. Peringatan ini difokuskan kepada manusia disebabkan kelompok ini adalah penyebab utama kepada penyumbang kepada kemusnahan dan bala bencana. Ia berlaku disebabkan kedekadenan doktrin akidah yang dialami oleh manusia. Golongan tersebut melencong daripada landasan akidah yang telah disyari`atkan. Dalam kondisi tersebut, Allah S.W.T akan menurunkan bala bencana sebagai pengajaran dan balasan kepada tindak-tindak manusia yang melampaui batas. Oleh yang demikian, sudah tentulah ia merosakkan objektif syara` yang menjadi teras kepada sistem tasawwur manusia yang progresif. Dalam pada itu, ukuran usahawan berjaya dalam persepektif Islam bukan sahaja berjaya di dunia sahaja tetapi yang lebih penting mendapat ganjaran yang istimewa daripada Allah S.W.T pada hari akhirat kelak.Kejayaan ini yang disifatkan sebagai holistik yang merangkumi dan memenuhi keperluan duniawi dan maknawi.
Kesimpulan
-Abu Rushd-
Monday, January 19, 2009
Institusi Pondok & Sumbangannya Terhadap Ketamadunan Melayu
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Bertemu lagi dalam ruangan blog. Rasanya sudah lama saya tidak memasukkan artikel penulisan yang baru. Untuk kali ini saya akan berkongsi tentang hal ehwal pendidikan. Semoga membawa manfaat kepada sesiapa yang berhajat kepadanya. TQ
Pengenalan
Semua komponen ini biasanya di Tanah Melayu dikenali sebagai pondok, manakala di Indonesia dikenali dengan nama pesantren. Institusi-institusi inilah yang telah menjadi tempat belajar dan penginapan di samping peranan utamanya untuk menyebarkan pengetahuan agama. Pondok tidak hanya memfokuskan orientasinya kepada fardhu ain sahaja, bahkan juga mengajar ilmu-ilmu yang lain yang dikategorikan dalam fardu kifayah. Umumnya antara pondok dengan pondok yang lain terdapat perbezaan dari segi pengkhususannya. Pada peringkat awal, sistem pengajian pondok tidak mempunyai kurikulum yang sistematik, tidak ada jangka masa yang tertentu dan tidak ada sistem ujian secara bertulis. Pendidikannya dijalankan oleh seorang ulama (tuk guru) mengajarkan ilmu agama Islam kepada tuk pake (para pelajar) yang mengelilinginya. Kaedah ini dikatakan berasal dari Masjid al-Haram, Makkah. Insititusi pengajian pondok juga turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan setempat.
Keistimewaan dan keunikan pondok disebabkan para pelajar dapat mempelajari ilmu secara talaqqi dengan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan atau dikenali sebagai tuan guru. Sepanjang tempoh pengajiannya, anak-anak murid tersebut akan dipantau dari segi tingkahlaku, pendidikan, dan kebajikan oleh tuan guru tersebut. Lazimnya, anak-anak murid lepasan pondok mendapat pengiktirafan daripada masyarakat tempatan dan diterima sebagai pemimpin dalam hal ehwal keagamaan.
Sumbangan Institusi Pondok Kepada Masyarakat Melayu
1. Memperkenalkan Tulisan Arab dan Tulisan Jawi
Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Islam, khususnya pengajian al-Quran dan asas-asas agama yang lain, institusi pondok pada peringkat awalnya, memperkenalkan tulisan Arab dan tulisan Jawi bagi memudahkan dan membetulkan pembacaan al-Quran. Institusi tersebut telah memperkenalkan pembacaan al-Quran yang betul dan mempelajari bahasanya melalui tulisan Jawi bagi memudahkan orang Melayu melafazkan perkataan Arab yang ganjil bunyinya. Sememangnya sebelum kedatangan Islam, bahasa Melayu sudahpun memiliki sistem tulisannya sendiri, iaitu tulisan Palava yang menjadi tulisan perantaraan.
Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Islam, khususnya pengajian al-Quran dan asas-asas agama yang lain, institusi pondok pada peringkat awalnya, memperkenalkan tulisan Arab dan tulisan Jawi bagi memudahkan dan membetulkan pembacaan al-Quran. Institusi tersebut telah memperkenalkan pembacaan al-Quran yang betul dan mempelajari bahasanya melalui tulisan Jawi bagi memudahkan orang Melayu melafazkan perkataan Arab yang ganjil bunyinya. Sememangnya sebelum kedatangan Islam, bahasa Melayu sudahpun memiliki sistem tulisannya sendiri, iaitu tulisan Palava yang menjadi tulisan perantaraan.
Bunyi dan sebutan huruf tersebut mempengaruhi alat-alat artikulasi penduduk-penduduk yang berbeza daripada fonetik Arab. Situasi yang baru ini menyulitkan mereka untuk menyebut dan membunyikan kalimah Arab berdasarkan kaedah linguistik, khususnya dalam pembacan al-Quran. Walaupun sejak zaman awal penjajahan Barat, huruf Rumi diperkenalkan, tetapi penggunannya amat sukar dalam meyebut dan membunyikan sesetengah perkataan Arab dengan tepat dan betul. Bagi mengatasi kesulitan itu, ulama-ulama dan mubaligh Islam, khususnya institusi pondok telah memperkenalkan huruf jawi yang berasaskan huruf Arab campuran Parsi bagi memudahkan pembacaan al-Quran dan kitab-kitab agama. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas:
“Kedatangan Islam telah membawa bersama tulisan Arab yang dijadikan tulisan Melayu, mempunyai tambahan beberapa huruf istimewa bagi bahasa itu dari bahasa Parsi dan Barbar. Nampaknya tulisan Jawi inilah yang mengikat perpaduan satu bahasa meliputi seluruh golongan bangsa Melayu”.
Ada di antara institusi pondok di Tanah Melayu menjadikan pengajian jawi sebagai satu dari mata pelajaran dalam kurikulumnya dan ada pula yang semata-mata memberi penekanan pembelajarannya secara sampingan menerusi kitab-kitab Jawi dalam mata pelajaran Usuluddin, Fiqh, Tasawuf dan lain-lain di samping kitab Arab. Tindakan ini mempengaruhi perkembangan huruf Jawi dan penggunannya dalam media perhubungan masyarakat. Realitinya, pada ketika itu segala urusan perhubungan sama ada dari segi pembacan umum, maklumat bertulis, surat perjanjian arahan dan perintah adalah ditulis dengan menggunakan huruf Jawi. Sehinggalah ke hari ini, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam pendidikan, khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ini terbukti apabila buku-buku teks pendidikan Islam ditulis menggunakan tulisan jawi. Bagi mempertahankan identiti serta kesucian al-Quran, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penulisan al-Quran menerusi huruf rumi.
2. Menyemarakkan Semangat Jiwa Merdeka dan Intelektualisme
Menerusi kegiatan agama Islam, institusi tersebut telah mencetuskan semangat jiwa merdeka dan intelektualisme bukan sahaja dalam kalangan rakyat bahkan dapat mempengaruhi pemikiran golongan atasan. Jika dahulu raja-raja, kaum bangsawan dan rakyat jelata menggemari hiburan yang melalaikan, diulit cerita dongeng yang bersifat khayalan namun kini mereka giat menganjurkan penulisan, perdebatan, dan pengajian ilmu pengetahuan seperti ilmu-ilmu sejarah, tasawuf dan falsafah Islam. Sebelum kehadiran Islam mereka mempercayai pelbagai kepercayaan khurafat dan amalan bid`ah yang tidak diterima akal dan bertentangan dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah, kini sikap negatif tersebut telah dapat dikikis sedikit demi sedikit digantikan dengan kebudayaan yang berteraskan syariat Islam.
Semangat jiwa merdeka ini dapat dilihat daripada pengajaran agama Islam yang menekankan elemen ketauhidan kepada Allah S.W.T. Melalui pentarbiahan kepada order tauhid ini masyarakat Melayu Islam sedar jiwa dan mentaliti mereka perlu bebas daripada dijajah oleh kuasa manusia ataupun ideologi sesat ciptaan manusia. Hanya manusia yang bersifat sedemikian sahaja akan berjaya membangunkan peradaban insan menurut kerangka Islam. Mereka tidak mudah tunduk kepada golongan manusia yang berhasrat menyesatkan pegangan agama dan merosakkan nilai-nilai yang luhur. Dalam korpus sejarah masyarakat Melayu, order tauhid inilah yang membebaskan jiwa umat Melayu dengan memperbetulkan persepsi raja-raja berasal dari alam kedewaan (konsep devaraja) kepada konsep khalaifatulard. Melalui kefahaman konsep ini manusia menginsafi bahawa fungsinya sebagai hamba Allah dan perlu mengabdikan secara mutlak kepada Allah S.W.T. Umat Melayu yang telah dididik dengan orientasi tauhid ini telah melahirkan bangsa Melayu yang kuat daya juangnya. Pengalaman ini dapat dilihat daripada tokoh-tokoh Melayu yang bangun menentang penjajah seperti Syeikh Nuruddin al-Raniri (1658M), Tuan Guru Hj. Wan Shaghir (1879M), Tok Kenali (1933), Tuan Guru Tuan Hussain Muhammad Nasir al-Mas'udi al-Banjari (1936) dan tokoh-tokoh tersohor yang lain.
Di samping itu, pembentukan kurikulum di institusi pondok pada dasarnya, sama dengan kurikulum di institusi tradisional Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, kerajaan Bani Umaiyah dan Abbasiyah juga kerajaan-kerajaan Islam kemudiannya. Secara keseluruhannya pada zaman tersebut, pelajaran al-Quran dijadikan mata pelajaran asas di samping bahasa dan kesusasteraan Arab juga mata pelajaran-mata pelajaran lain seperti Tafsir, Hadith, Tauhid, Fiqh, Tasawuf atau Akhlak juga lain-lain. Struktur kurikulum, ketokohan pengajar serta perkaedahan yang sedemikian rupa telah berjaya melahirkan generasi intelegensia Muslim yang unggul serta barisan ulama yang sanggup berkorban demi kepentingan agama dan negara.
Terdapat lulusan pondok di Tanah Melayu yang menjadi pegawai tadbir Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Antaranya seperti Haji Wan Sulaiman Wan Sidik, Syeikh Ismail Haji Salleh (Pondok Pulau Pisang), Syeikh Mahmud bin Noh (Pondok Kulim) dan Haji Abdul Rahman bin Latif (Pondok Kubang Bongor). Begitu juga terdapat beberapa orang bekas pelajarnya yang melibatkan diri dalam politik tanah air seperti Dr Burhanuddin bin Haji Muhammad Nor yang mendapat pendidikan awal di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah .dan Haji Hussein bin Haji Ismail Dol yang mendapat pendidikan awal di Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Patani dan akhirnya ke Makkah.
3. Mempengaruhi Kepercayaan Akidah Masyarakat Melayu
Umumnya, mentaliti masyarakat Melayu nusantara sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh unsur paganisme atau animisme. Dalam fasa ini pandangan alam Melayu dipenuhi dengan semangat dan dewa dewi yang mengerakkan kosmos mitos animistik. Elemen jampi mentera dan amalan-amalan ritual yang merupakan himpunan komunikasi budaya Melayu dipengaruhi oleh aliran keagamaan hindu dan budha. Sistem agama dan kepercayaan masyarakat melayu tradisional diadaptasikan melalui kefahaman manusia tentang alam sekeliling dan kuasa alam semesta. Hubungan interaksi manusia dengan alam perlu dipelihara bagi mengelakkan sebarang bentuk ancaman atau malapetaka akan menimpa mereka. Di samping itu, penghormatan dan upacara-upacara tertentu dijalankan dari semasa-semasa bertujuan untuk mengekalkan kesejahteraan, diberi perlindungan terhadap diri, keluarga, hasil tanaman, ternakan dan sebagainya. Oleh yang demikian masyarakat pada ketika itu mempercayai unsur semangat atau kuasa asing yang mempengaruhi setiap fenomena alam yang berlaku.
Apabila Islam disebarkan di Kepulauan Tanah Melayu, aliran ini mengemukakan doktrin metafizik dan kosmologi yang amat berbeza sekali dengan Hindu dan Budha. Falsafah Islam berteraskan doktrin Tauhid menekankan konsep “al-uluhiyyah” dan “al-rubbubiyyah”. Konsep tauhid memfokuskan kepada hakikat ketuhanan, penghambaan dan pengabdian dan hubungan antara hamba dan penciptanya yang bersumberkan perlembagaan al-Quran dan al-Sunnah. Kepercayaan yang bertentangan dengan aqidah Islam adalah ditolak dan dikategorikan sebagai syirik.
Sehubungan dengan itu, apabila institusi pondok mula diperkenalkan di Tanah Melayu, secara tidak langsung ia banyak mempengaruhi mentaliti pegangan dan kepercayaan penduduk di nusantara. Ini kerana golongan intelektual yang berpendidikan agama timur tengah memainkan peranan penting dalam usaha memartabatkan syiar Islam di nusantara. Ramai dalam kalangan ilmuan agama ini telah mengasaskan pondok-pondok di tempat masing-masing. Golongan ulama gigih dalam mengembangkan dakwah dan mengikis kepercayaan khurafat dalam kalangan rakyat. Di samping berdakwah, para alim ulama’ juga banyak menghasilkan penulisan kitab bagi menjelaskan konsep akidah yang benar di sisi syara`.
Sebagai contoh, ilmuan agama yang terkenal di Kelantan Haji Yaakub Gajah Mati (1895-1957) telah mengarang kitab yang berkaitan dengan akidah “Cenderamataku”. Kitab ini mengandungi wirid-wirid al-Musabba `at al-Asyarah dan wirid-wirid yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. Keistimewaan kitab ini, ia mengandungi ringkasan akidah tauhid yang memberi penjelasan yang mudah dan terang tentang konsep tauhid. Secara tidak langsung karya yang dihasilkan ini merupakan sebahagian daripada perbendaharaan kitab yang dihasilkan oleh ulama’ nusantara dalam memperkayakan bahan bacaan dan rujukan masyarakat Melayu. Sumbangan golongan ulama dalam dunia penulisan agama amat besar faedahnya kepada masyarakat Islam dalam memberi kefahaman dan memurnikan pegangan akidah yang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan khurafat yang boleh merosakkan kemurnian Islam.
Justeru itu, menjadi tanggungjawab guru dan pelajar pondok memainkan peranan penting dalam memartabatkan keluhuran akidah dan kepercayaan masyarakat Islam setempat. Banyak tinggalan kitab-kitab yang dihasilkan oleh ulama’ silam dalam meninggikan syiar Islam di Tanah Melayu. Sebagai contoh kitab “Bakuratal-Amani” karangan Ahmad Fathy al-Fatani, merupakan seorang yang ahli dalam bidang Usuluddin. Kitab ini dikarang bertujuan untuk membuat sedikit penambahbaikan untuk memudahkan kefahaman masyarakat tentang ilmu Usuluddin yang dikatakan rumit pada ketika itu. Keperluan kitab yang menjelaskan tentang aqidah sangat penting pada ketika itu disebabkan pegangan masyarakat tentang kepercayaan ketuhanan masih longgar dan memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar dari golongan yang bergelar ulama’. Usaha yang gigih dan dedikasi yang ditunjukkan olek ilmuan agama silam sedikit sebanyak dapat mempengaruhi sistem agama dan kepercayaan masyarakat Islam di Tanah Melayu dalam memurnikan pemahaman syariat Islam. Tranformasi aqidah yang dilakukan oleh para ilmuan silam di alam Melayu telah mengubah mentaliti pemikiran ke arah pemikiran yang sihat dan positif.
4. Menyemai Nilai-Nilai Luhur Berteraskan Akhlak
Kedatangan Barat ke rantau ini juga telah memperkukuh lagi budaya kebendaan dan budaya negatif yang lain. Mereka bukan sahaja berjaya memisahkan tanggapan terhadap dunia dan akhirat dalam fahaman sekularisme, yang akhirnya membawa kepada perubahan tanggapan dan budaya. Pengaruh budaya yang mengutamakan kebendaan dan hedonistik tanpa mengambil kira aspek kerohanian menjadikan masyarakat Melayu diresapi dengan pengaruh materialistik dan kemuflisan moral. Apabila jiwa manusia dikuasai oleh pengaruh hawa nafsu sudah tentulah manusia tersebut bertindak di luar batasan agama dan norma hidup murni masyarakat. Akibatnya golongan manusia tersebut cenderung melakukan kebatilan dan akhirnya boleh merosakkan institusi masyarakat amnya. Dalam menangani permasalahan ini, golongan pendidikan pondok tidak henti-henti meniupkan semangat beragama dan mengutamakan nilai-nilai akhlak dalam kehidupan. Meskipun golongan ulama’ pondok tidak berjaya menangani penyakit masyarakat secara sepenuhnya, tetapi sebahagian dari kejayaannya usha yang dilakukan masih jelas kelihatan hingga kini. Ramai juga guru-guru pondok mengarang kitab-kitab yang berkaitan akhlak, seperti kitab Nur Zalam karangan Yaaku bin Ismail, kitab al-Qaul al-Mufid la Faidatu al-Mustafid dan kitab Adab Pergaulan karangan Abu Abd al- Aziz Muhammad bin Idris al-Shafie dan lain-lain lagi.
Kesimpulan
Institusi pondok telah diiktiraf sebagai institusi tradisional Melayu berbentuk formal yang memberi sumbangan positif kepada dunia Melayu. Institusi tersebut telah berjaya meneruskan kelangsungan tradisi pengajian al-Quran dan al-Sunnah serta asas-asas ilmu agama secara sanad yang lazimnya berlangsung masjid dan surau dalam kawasan pondok berkenan. Hasilnya penyebaran ilmu melalui medium institusi pondok secara impisitnya dapat membasmi segala bentuk kejahilan dan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam di samping menyekat pengaruh kebudayaan tidak bermoral yang sentiasa mempengaruhi pemikiran dan kebudayaan penduduk Melayu di rantau ini. Institusi pondok yang bersifat tradisi ini perlulah dikekalkan agar ianya menjadi sebagai sebahagian daripada mekanisme yang dapat menyumbang kepada kefahaman dan kelangsungan pengajian agama Islam di tanah Melayu. Di samping sistem pengajarannya perlu diasimilasikan dengan metod pengajaran moden supaya ia dapat memenuhi dan meyelesaikan permasalahan semasa yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini. Melalui institusi inilah, golongan yang berminat untuk mendalami disiplin ilmu agama (tafaqquh fi al-din) dapat mempelajarinya dengan lebih sistematik dan terperinci. Natijahnya, institusi pondok ini masih lagi relevan dalam membantu untuk meningkatkan kebudayaan luhur umat Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
`Ibrah Covid 19. Suluhan Daripada Perspektif Islam
Assalamualaikum dan bertemu lagi. sudah lama saya tidak menjengok ke blogni. Harini rasa bersemangat semula untuk melihat blog yang sudah se...
-
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum & Salam Sejahtera Bertemu lagi dalam ruangan blog. Rasanya sudah lama saya tidak memasukkan art...
-
Konsep Insan Islam sebagai ad-din yang ditaja oleh Allah bersifat universal merupakan sistem tatacara hidup yang sempurna dan komprehensif. ...
-
KEPENTINGAN KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM Secara konseptualnya, persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan umat ma...