Saturday, November 22, 2008

Keusahawanan Islam dan Relevansinya Dengan Prinsip Kepentingan Umum


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang sudi datang ke blog ini. Pada kali ini penulisan saya cenderung kepada skop keusahawanan Islam. Semoga ianya memberi manfaat kepada para pembaca.



Pendahuluan

Islam bersikap optimis terhadap penganutnya untuk menggerakkan setiap aktiviti keusahawanan bagi memajukan diri dan masyarakat umumnya. Melalui penjanaan aktiviti tersebut, manusia dapat melangsungkan peradaban dalam suasana yang cukup harmoni atas fungsinya sebagai khalifatulard. Bagi mencapai objektif murni tersebut, Islam mempunyai mekanisme-mekanisme tertentu dalam menyediakan satu gagasan yang adil dan telus untuk menyelesai dan merungkai permasalahan mua`malah yang dihadapi oleh seluruh manusia. Jika diamati dalam sesebuah masyarakat yang berpegang kukuh kepada norma-norma kegamaan yang luhur, mereka bebas dari cara hidup yang tidak sihat seperti penyelewengan, pengurusan yang tidak cekap, penyalahgunaan kuasa, mengutamakan kepentingan diri, rasuah, menipu, tidak amanah, masalah sosial, hasad dengki dan sebagainya. Ini kerana, asas kesedaran tersebut adalah bersumberkan petunjuk daripada Allah S.W.T. Keyakinan dan kepercayaan yang mutlak terhadap ketentuan tersebut akan memprojekkan bahawa mengutamakan kepentingan umum adalah intisari kepada ajaran Islam dan semua elemen kejahatan yang mendorong kepada kerosakan objektif tersebut adalah terkeluar dari prinsip kemurnian Islam.

Islam begitu menitikberatkan prinsip kepentingan umum. Dalam konteks faham fiqh keperluan ketentuan ini dikenali sebagai sebagai maslahah `ammah. Prinsip ini mempunyai signifikasinya dengan objektif syara` iaitu memelihara dan memperkasakan dhururiyat al-khams yang meliputi agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Atas kepentingan inilah Islam telah menyediakan kodifikasi peraturan yang komprehensif bagi mengawal tata kelakuan manusia daripada melakukan pelanggaran hak-hak tersebut. Justeru itu, dalam konteks keusahawanan pula, pemakaian prinsip ini masih lagi menjadi keutamaan kepada amalan pelaksanaannya. Malah pengaplikasiannya adalah bertujuan untuk menjamin kesejahteraan kepada insan bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Islam ialah agama yang menganjurkan keadilan, membawa rahmat, membawa kebaikan dan menjamin kepentingan umum (maslahah) kepada seluruh manusia dan makhluk yang lain.


Konsep Umum Maslahah

Menurut al-Syeikh Muhammad Khudri Bik dalam karangannya “Ilmu usul al-Fiqh”, majoriti ahli usul menjustifikasikan masalih al-mursalah dengan istilah al-munasib al-mursal. Bagaimanapun, Imam Malik lebih cenderung menggunakan istilah masalih al-mursalah. Berbeza pula dengan pendapat Imam al-Ghazali, beliau mentakrifkan konsep ini sebagai al-Istislah.
Sehubungan dengan itu, para ulama` berbeza pandangan dalam mendefinisikan maksud maslahah. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Abd Hamid Mutawwali dalam karangannya “al-Syariah al-Islamiyyah Kamasdar Asasi li al Dustur” menjelaskan dari segi terminologi maknanya, pandangan Imam al-Ghazali lebih bertepatan dan bersesuaian dengan konsep yang digunapakai. Beliau menjelaskan bahawa pentafsiran makna tersebut merujuk kepada perkara-perkara yang boleh memelihara dan memartabatkan objektif syara` (al-dharuriyyat al-khams). Justeru itu, sebarang bentuk unsur-unsur negatif mengikut tafsiran agama yang menjadi penghalang ke arah mencapai objektif syara` dikategorikan sebagai keburukan (mafsadah). Kemungkinan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan oleh manusia dianggap satu perkara yang baik, namun ia dianggap sebaliknya oleh syara`. Sebagai contoh, perbuatan minum arak dan berjudi di kalangan bangsa Arab Jahiliah dianggap satu perbuatan yang mulia di sisi mereka dan tidak mendatangkan keburukan. Bagaimanapun, tafsiran ini berbeza di sisi syara` dengan menjelaskan perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa. Oleh yang demikian, tafsiran memelihara kepentingan syara` perlu mengambilkira asas-asas yang dalam kerangka perundangan Islam di samping pemahaman manusia.

Tegasnya, maslahah adalah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan menghindarkan daripada unsur-unsur kemudharatan ataupun dikenali sebagai mafsadah. Menurut Muhammad `Iwadz al-Hazayimah dan Mustafa Ahmad Najib dalam kitab bertajuk “al-Madkhal Ila Dirasah al-Tashri` al-Islami” pada asasnya, syara` mengklasifikasikan maslahah kepada tiga komponen yang utama:

Pertama: Maslahah Mu`tabarah.


Maslahah dalam kategori ini bermaksud maslahah yang diterima oleh syara` untuk mencapai yang dharuri (kepentingan manusia) yang merangkumi semua objektif syara`. Sebagai contoh, bagi memelihara kepentingan jiwa maka agama mensyariatkan hukuman qisas. Begitu bagi tujuan memelihara kepentingan harta, syariat memperundangkan hukuman potong tangan.

Kedua: Maslahah Mulghah.


Ia bermaksud maslahah yang ditolak atau dengan kata lain perkara yang tidak diambilkira oleh syara`. Sebagai contoh, menyamaratakan hak anak perempuan dengan hak anak lelaki dalam persoalan pewarisan. Maslahah ini secara jelas berlaku kontradiksi dengan peruntukan nas al-Quran.

Ketiga: Maslahah Mursalah.

Keadaan atau sifat yang relevan untuk dijadikan asas hukum yang memberi implikasi kebaikan dan menghindarkan kemudharatan serta tiada nas yang menyokong sama ada ia diterima atau ditolak. Meskipun begitu, sebahagian daripada ulama’ menamakan konsep ini sebagai al-Istislah. Sebagai contoh, pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf pada zaman Saidina Abu Bakar yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Saidina Umar menjalankan pentadbiran negara berasaskan maslahah (kepentingan umum) seperti membentuk jabatan-jabatan kerajaan, membina penjara. Begitu juga Saidina Ali mewajipkan memberi pampasan gantirugi oleh pihak tukang yang menerima tempahan membuat sesuatu sekiranya berlaku apa-apa kecacatan ke atas barang buatannya atas dasar kepentingan umum (maslahah).


Prinsip Kepentingan Umum Dalam Keusahawanan Islam

Ironinya, Islam bersikap terbuka terhadap umatnya dalam melangsungkan aktiviti keusahawanan bagi tujuan memakmurkan alam ini. Atas keistimewaan yang diberikan ini, manusia perlu menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh memanipulasikan segala sumber alam dan tenaga secara efisien untuk menjana sumber pengeluaran, dan mengembangkannya atau menjadi pelopor atau peneraju meneroka idea baru untuk kepentingan umum manusia. Namun begitu, setiap pendekatan, teknik, kaedah dan sebagainya dalam memajukan aktiviti tersebut perlu merujuk kepada panduan yang telah ditentukan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Sebagai contoh, dalam skop kerangka mu`amalah Islam, aktiviti keusahawanan yang merangkumi idea, inovasi, penerokaan sesuatu potensi perlu bertepatan dengan prinsip syara` dan tidak berkonfrantasi dengan falsafah maqasid syar`iyyah. Menurut Muhammad `Abd al-Mu`im al-Jamal dalam Mausu`ah al-Iqtisad al-Islami, dalam setiap bidang yang diusahakan yang merangkumi bidang perkhidmatan, perniagaan, ekonomi, pengurusan, kesenian, kebudayaan, akademik atau apa sahaja yang bidang yang sinonim dalam ruang lingkup keusahawanan ia perlu diimplemantasikan atas prinsip memelihara kemaslahatan umum dengan cara menunaikan hak-hak yang wajib ke atasnya. Inilah keadilan dan kedinamikan yang ada pada sistem keusahawanan Islam yang bersikap menolak sebarang unsur kemudharatan yang boleh menjejaskan sistem tersebut dan menghalang sebarang bentuk penindasan serta kezaliman kepada manusia amnya. Perkara ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran:

Maksudnya: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (al-Nisa’:29)

Kerangka keusahawanan menurut worldview Islam bukan hanya berorientasi keuntungan material di dunia semata-mata namun ia merentasi alam fizikal yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia biasa iaitu alam akhirat. Atas kefahaman inilah konsep keuntungan (gain) dan kerugian (loss) perlu dilihat dari medium syariat dan bukan hanya berdasarkan pertimbangan rasional akal manusia semata-mata. Justeru itu, tanpa bimbingan daripada wahyu mengakibatkan manusia menjadi ta`sub dan terpesona kepada kehidupan dunia yang penuh dengan fitnah dan kepalsuan. Dampaknya, untuk mencapai cita-cita persaingan pengumpulan harta nagi tujuan kepentingan individu yang terbabit, manusia sanggup membelakang keperluan tanggungjawab agama, melakukan penindasan, kezaliman, amalan riba, gharar dan unsur-unsur negatif lain. Fazlur Rahman dalam bukunya Islam and Problem of Economic Justice menukilkan bahawa kemuncak kepada fenomena yang tidak sihat tersebut berlakulah satu penciptaan order masyarakat yang penuh dengan kebobrokan dan tidak bermoral yang jelas bertentangan dengan falsafah Islam.

Pada hakikatnya, Islam bukanlah berpendirian pasif terhadap konsep harta dan menghalang manusia menghampirinya. Secara prinsipnya, penjanaan harta itu sesuatu yang dituntut kerana ia mempunyai nilai dari aspek ekonomi yang menjadi keperluan asasi kepada setiap individu. Namun begitu, dalam memenuhi usaha tersebut ia perlu dilaksanakan dalam suasana order yang sihat dan progresif serta memenuhi konsep ”halalan toyyiba.” Atas keperluan inilah dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah, setiap usaha yang dilaksanakan dengan penuh komitmen dan dedikasi mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T. adalah dianggap sebagai ibadah serta diberikan ganjaran yang setimpal. Berdasarkan kepada ketentuan tersebut, Islam jelas menyeru manusia menggembelingkan daya usaha ke arah mencapai kualiti produktiviti. Dengan kata lain ia dapat difahami bahawa amal usaha ke arah mencapai hasanah dan menolak simptom fasad adalah dituntut kepada setiap individu. Menurut Ibrahim al-Thahawi dalam karyanya al-Iqtisad al-Islami dan `Abd al-Mun`im Khalaf dalam karangannya al-Madiyyah al-Islamiyyah wa `Abduha, mereka berpendapat bahawa atas kapasiti inilah setiap insan dipertanggungjawabkan di atas setiap perilaku yang dilakukan.

Setiap tindak tanduk usahawan perlu diharmonisasikan dengan memenuhi objektif dan hukum-hukum syariat yang bersifat tetap dan tidak berubah. Atas ketentuan inilah, dalam kerangka konseptual keusahawanan Islam, sebarang usaha yang akan atau telah dilaksanakan tidak boleh wujud unsur-unsur kemudharatan kepada pihak lain. Prinsip ini dikenali sebagai ”no injury principle” ataupun dalam legal maxim perundangan Islam iaitu لا ضرر ولا ضرار"”. Prinsip ini secara asasnya mengandungi konotasi bahawa tidak boleh melakukan kemudharatan terhadap orang lain dengan cara melakukan kemudharatan ke atasnya. Pematuhan kepada prinsip ini adalah bertujuan untuk menghalang sebarang tindakan atau gerak kerja yang dilakukan dicerakin dan dirumuskan mengikut keperluan hawa nafsu dan menyalahi kepentingan faedah umum manusia. `Abd al-Karim al-Zaydan dalam kitabnya Madkhal li Dirasah al-Syari`ah al-Islamiyyah menghuraikan bahawa Kepentingan umum adalah menjadi keutamaan dalam syaria`t Islam. Atas kepentingan inilah syari`at itu pada dasarnya adalah maslahah sama ada dalam bentuk mengelakkan kerosakan atau memberi faedah kemaslahatan. Hakikatnya, sesuatu objektif yang dilakukan perlu mengambilkira faedah yang optimum untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat.

Melihat kepada kepentingan inilah golongan sarjana intelektual Islam seperti Imam al-Shatibi bersikap empahasis dalam mengupas persoalan kepentingan umum dalam aktiviti perdagangan ataupun dalam istilah modennya sebagai keusahawanan. Penegasan ini dapat dilihat dalam tulisannya dalam al-Muwafaqat, beliau menjelaskan bahawa antara asas-asas pertimbangan yang perlu diambilkira oleh para peniaga atau pengusaha dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti berikut:
a- Apakah impak kemudharatan tersebut memberi kesan dan akibat yang negatif kepada kepentingan masyarakat umum atau kepada kelompok inidividu yang tertentu sahaja.?
b- Apakah elemen kemudharatan tersebut akan berlaku atau barangkali peratusan yang akan berlaku tersebut terlalu kecil, tidak penting, atau timbul keberangkalian bahawa ia berpotensi untuk menimbulkan kemudharatan yang besar.
c- Apakah kemudharatan yang ditimbulkan oleh pengusaha tersebut disengajakan atau ia merupakan sebahagian daripada polisi perniagaannya?.
d- Apakah wujud alternatif lain yang boleh diaplikasikan bagi mengelakkan elemen kemudharatan atau kemudharatan yang minimum berbanding dengan kaedah pendekatan yang dilaksanakan tersebut.

Berdasarkan sebahagian daripada asas-asas pertimbangan yang dipapar oleh Imam al-Shatibi dalam penulisannya, ia memberi satu gambaran bahawa para pengusaha perlu berhati-hati dalam menentukan polisi atau dasar dalam perniagaan yang bakal atau yang sedang diusahakan. Asas garis panduan ini adalah bertujuan supaya aktiviti perniagaan yang dijalankan tersebut tidak boleh menjejaskan kepentingan masyarakat umum. Sebagai contoh, pengusaha kosmetik mengeluarkan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna namun dalam masa yang sama berjaya mengaut keuntungan hasil jualan produk tersebut. Begitu juga dalam kes menyorok barang keperluan sehingga ia menimbulkan kesan seperti keresahan dalam kalangan pengguna dan menindas masyarakat. Dalam contoh yang lain, pengusaha menindas pekerjanya dengan menafikan upah dan hak-hak lain yang sepatut diterimanya. Sikap negatif ini dikupas dalam sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

”Siapa yang menjadi pekerja kami (sedang ia tidak beristeri), maka ia berhak mendapat isteri dan jika tiada pembantu maka hendaklah ia mendapat pembantu dan jika tiada tempat tinggal maka hendaklah ia memperolehi tempat tinggal. Abu Bakr R.A. berkata ”Aku diceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: Sesiapa yang bertindak sebaliknya maka ia adalah pengkhianat atau pencuri.” (Abu Daud)

Dengan kata lain, kewajipan yang perlu ditegakkan ialah tidak bersikap individualistik sebaliknya mengutamakan kebajikan masyarakat umum. Secara tipikalnya, seseorang individu ditegah secara mutlak mengambil pendekatan menyakiti orang lain. Ironinya, seperti yang ditekankan oleh Chapra dalam The Economic System, Islam menuntut kepada manusia mengambil langkah positif menggembirakan orang lain atas prinsip memelihara kepentingan awam. Berasaskan kepada tuntutan ini, seseorang individu muslim bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan yang timbul sama ada positif atau sebaliknya kesan daripada tindakannya. Sebagai contoh, seseorang usahawan yang mempunyai idea untuk mendirikan sesebuah kilang, dalam pelan perancangannya tersebut ia bukan sahaja perlu mengambilkira pulangan keuntungan yang bakal diperolehi tetapi juga perlu melihat kepada kesan-kesan sampingan yang lain seperti manfaat pernigaanya, peluang pekerjaan, faedah kepada masyarakat, pencemaran dan perkara-perkara penting yang lain. Impak tersebut perlu dianalisa merentasi sempadan kewilayahan, nasional, pekerjaan, ras etnik, sosial dan agama.

Berdasarkan kepada ketentuan ini, prinsip-prinsip yang diasaskan dalam konsep keusahawanan Islam perlu melihat kepada objektif keharmonian umum sejagat dan bukannya bersifat kepentingan individu. Oleh yang demikian, jika didapati wujudnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan dan impak kepada kesejahteraan manusia sudah pastilah ia dianggap tertolak dari ajaran syara`. Pandangan ini dikemukakan oleh seorang sarjana perundangan Islam yang terkenal iaitu al-Imam Ibn al-Qayyim dalam karyanya tersohor iaitu I`lam al-Muwaqqi`in, beliau menjelaskan bahawa:


”Kepentingan umum manusia adalah berasaskan kepada hikmah dan kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. Ia dikenali sebagai ketentuan perundangan Allah yang mengandungi keadilan dan rahmat di mana ia mengandungi maslahah dan hikmah. Justeru itu, setiap maslahah yang keluar dari landasan keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada tidak rahmat, dari maslahah kepada mafsadah dan dari hikmah kepada sia-sia maka ia tidak diiktiraf sebahagian dari syari`at meskipun diterjemahkan dengan pelbagai tafsiran, kerana syari`at hakikatnya adalah simbol keadilan Allah kepada hamba-hamba-Nya.”.

Kesimpulan

Tuntutan mengutamakan kepentingan manusia dalam aktiviti perdagangan atau keusahawanan adalah mempunyai objektif untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan manusia umum. Bertitik tolak daripada natijah murni tersebut, Islam secara mutlak menolak sebarang bentuk elemen kemudharatan yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian yang dikecapi oleh manusia sehingga menimbulkan implikasi yang negatif terhadap institusi masyarakat. Namun begitu, secara realistiknya dalam dunia keusahawanan pada hari ini yang sedang berhadapan dengan era langit terbuka dan pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan usahawan barangkali agak sukar untuk menghazafkan secara total elemen kemudharatan dalam amalan perniagaan yang diusahakan. Agak sukar bagi golongan usahawan dalam dunia moden kini untuk mempastikan tidak akan berlaku elemen kemudharatan terhadap pengguna dan masyarakat amnya. Contohnya, kenaikan harga barang sudah tentulah akan memberi kesan menjejaskan sebahagian kelompok masyarakat. Meskipun begitu, apa yang menjadi garis panduan kepada golongan usahawan pada hari ini ialah segala dasar dan perancangan yang dijalankan dalam aktiviti perniagaan mereka perlulah diimbangi dengan nilai keadilan dan kesederhanaan yang berfungsi sebagai neraca pengimbang kebaikan kesejahteraan masyarakat umum. Hakikatnya, citra keusahawanan yang diprojekkan oleh Islam adalah berasaskan pertimbangan mengoptimumkan kepentingan umum masyarakat dan dalam masa yang sama ia menuntut kepada pengusaha meminimumkan unsur kemudharatan yang boleh membuka ruang kefasadan kepada umat manusia. Dengan rumusan tersebut, dapatlah difahami bahawa dominasi prinsip kepentingan umum dalam amalan keusahawanan merupakan satu tuntutan yang diapresiasikan oleh syara`. Secara tidak langsung nilai tersebut dapat memandu para usahawan untuk membangunkan alam ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan juga menepati konsep kecemerlangan (al-falah) yang meliputi kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Monday, October 20, 2008

Islam dan Keusahawanan


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu lagi dalam ruangan penulisan. Kepada pembaca budiman, agaknya sudah lama saya tidak menghiasi blog ini dengan santapan ilmiah. Pada kali ini perbincangan saya memfokuskan dimensi keusahawan dari kaca mata Islam. Semoga mendapat manfaat dan semoga usaha ini diniali oleh Allah S.W.T.


Usahawan


Islam sebagai petunjuk yang hakiki kepada seluruh kehidupan manusia sudah pasti secara tipikalnya tidak mengabaikan setiap aspek komponen keperluan insan. Begitu juga dalam ruang lingkup keusahawanan, secara prinsipnya ia digarap melalui asas-asas Islam yang banyak diperincikan dalam disiplin pengurusan Islam. Menerusi konsep pandang semesta Islam, kerangka asas keusahawanan yang merangkumi konseptual, teoritikal, ciri-ciri, metodologi dan teknik-teknik yang diaplikasi perlu selari dan mematuhi prinsip-prinsip Islam yang telah ditentukan oleh dalil wahyu. Selagi mana teori-teori dan konsep-konsep yang diperkenalkan oleh manusia tidak berkonfrantasi dengan falsafah syara` maka ianya boleh diterima pakai oleh golongan usahawan.

Oleh yang demikian dapatlah difahami bahawa sistem yang mendasari disiplin ilmu keusahawanan perlu dibangun berdasarkan kepada prinsip-prinsip syara` yang bertindak sebagai asas panduan atau batasan tingkah laku manusia dalam berinteraksi. Perhubungan interaksi yang dimaksudkan tersebut merangkumi hubungan yang bersifat individu atau yang berskala umum iaitu hubungan kemasyarakatan. Justeru itu, jelaslah bahawa dalam sistem keusahawanan prinsip-prinsipnya adalah berasaskan kepada pertimbangan wahyu yang berfungsi sebagai kodifikasi hukum untuk dipatuhi oleh manusia dalam setiap urusan transaksinya. Berdasarkan kepada penjelasan ini, ia bukanlah bermaksud bahawa syara` bersifat rigid dan eksklusif sehingga menutup ruang untuk berkompromi dengan penyertaan manusia dalam memahami ketentuan hukum. Sebaliknya, idea-idea pemikiran manusia masih lagi berperanan penting dalam disiplin keusahawanan Islam sebagai kesepaduan di antara hukum tabi`e dan hukum syari`e. Hakikatnya, harmonisasi di antara pemikiran manusia dan prinsip hukum telah membuktikan bahawa ajaran Islam bersikap toleransi dan dinamis yang bersesuaian dengan fitrah manusia.

Sehubungan dengan itu, Islam bersikap optimis terhadap penganutnya untuk menggerakkan setiap aktiviti keusahawanan bagi memajukan diri dan masyarakat umumnya. Melalui penjanaan aktiviti tersebut, manusia dapat melangsungkan peradaban dalam suasana yang cukup sempurna atas fungsinya sebagai khalifatulard. Bagi mencapai objektif murni tersebut, Islam mempunyai mekanisme-mekanisme tertentu dalam menyediakan satu gagasan yang adil dan telus untuk menyelesai dan merungkai permasalahan mua`malah yang dihadapi oleh seluruh manusia. Atas premis yang mengisyaratkan bahawa Islam bersifat universal yang berorientasikan order tauhid rabbani, memberi mafhum yang jelas bahawa ajarannya mengutamakan konsep kesepaduan, kesatuan dan ketaatan yang mutlak kepada PenciptaNya yang Agung. Secara eksplisitnya, konseptual tauhid yang dimanifestasikan dalam ruang lingkup kehidupan insan akan menyerlahkan nilai-nilai positif seperti konsep kesatuan ummah yang bertunjangkan kasih sayang, persaudaraan dan persamaan sosial tanpa membezakan semangat bangsa, wilayah, status sosial dan sebagainya. Berasaskan pegangan kukuh kepada kepercayaan akidah ini, ia dapat membantu menyediakan satu platform pembentukan sistem nilai dan institusi sosial sebagai asas untuk membentuk dan merealisasikan sebuah insitusi masyarakat yang berakauntabiliti. Berdasarkan kepada asas inilah ia dapat menyediakan satu suasana yang harmoni dalam masyarakat untuk menjalani kehidupan yang ideal di atas muka bumi ini.[1]

Jika diamati dalam sesebuah masyarakat yang berpegang kukuh kepada norma-norma keimanan dan akhlak yang luhur, mereka bebas dari cara hidup yang tidak sihat seperti penyelewengan, pengurusan yang tidak cekap, penyalahgunaan kuasa, mengutamakan kepentingan diri, rasuah, menipu, tidak amanah, masalah sosial, hasad dengki dan sebagainya. Ini kerana, asas kesedaran tersebut adalah bersumberkan petunjuk daripada Allah S.W.T. Keyakinan dan kepercayaan yang mutlak terhadap ketentuan tersebut akan memprojekkan bahawa semua elemen kebaikan adalah intisari kepada ajaran Islam dan semua elemen kejahatan yang mendorong kepada kerosakan dan kemusnahan adalah terkeluar dari prinsip kemurnian Islam. Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya: ”Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".
(Taha:123-124)

Berbeza pula dengan manusia yang diikat dengan perundangan manusia semata-mata, mereka bimbang untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan kerana dikhuatiri boleh dikenakan tidakan. Namun begitu, apabila merasakan dirinya terlepas dari kawalan undang-undang, individu tersebut bebas untuk melakukan sesuatu tindakan meskipun ia menyalahi peruntukan undang-undang. Keadaan ini berlaku disebabkan tahap kesedaran manusia yang diikat dengan keyakinan terhadap manusia adalah bersifat sementara dan boleh berlaku perubahan serta tidak mempunyai kuasa untuk menundukkan jiwa manusia. Menurut Sayyid al-Qutb,[2] satu ketika negara Amerika Syarikat pernah mengeluarkan satu polisi untuk kebaikan rakyatnya iaitu mengharamkan minuman keras kerana telah diketahui kesannya dari sudut saintifik dan sosial. Pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui media massa dan agensi kerajaan untuk menjelaskan kemudharatan arak dan telah ditaksirkan kerajaan Amerika telah menghabiskan berbuluh bilion untuk tujuan tersebut. Namun, polisi tersebut tidak berjaya memberi kesan kepada rakyatnya bahkan dalam tempoh penguatkuasaan undang-undang tersebut ramai pesalah yang telah ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh. Pada kemuncaknya menjelang tahun 1933, penguatkuasaan undang tersebut ditarik balik sepenuhnya oleh kerajaan Amerika kerana gagal memberi impak yang positif malah ia gagal untuk membendung gejala ketagihan arak dalam kalangan masyarakat. Ternyatalah undang-undang tajaan manusiawi gagal untuk menyelesaikan masalah kejiwaan yang dihadapi oleh manusia. Sebaliknya, bagi manusia yang beriman pula mereka sentiasa berwaspada dan bersikap apologetik terhadap kesalahan yang dilakukan kerana takut pada siksaan pedih yang bakal diterima pada hari pembalasan kelak.

Ironinya, Islam bersikap terbuka terhadap umatnya dalam melangsungkan aktiviti keusahawanan bagi tujuan memakmurkan alam ini. Atas ruang yang diberikan ini, manusia perlu menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh memanipulasikan segala sumber alam dan tenaga secara efisien untuk menjana sumber pengeluaran, dan mengembangkannya atau menjadi pelopor atau peneraju meneroka idea baru untuk kepentingan umum manusia. Namun begitu, setiap pendekatan, teknik, kaedah dan sebagainya dalam memajukan aktiviti tersebut perlu merujuk kepada panduan yang telah ditentukan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Sebagai contoh, dalam skop kerangka mu`alamah Islam, aktiviti keusahawanan yang merangkumi idea, inovasi, penerokaan sesuatu potensi perlu bertepatan dengan prinsip syara` dan tidak berlawanan dengan falsafah maqasid syar`iyyah. Begitu juga dalam setiap bidang yang diusahakan yang merangkumi bidang perkhidmatan, perniagaan, ekonomi, pengurusan, kesenian, kebudayaan, akademik dan sebagainya perlu diimplemantasikan atas prinsip memelihara kemaslahatan umum[3] dengan cara menunaikan hak-hak yang wajib ke atasnya. Inilah keadilan dan kedinamikan yang ada pada sistem keusahawanan Islam sentiasa menolak sebarang unsur kemudharatan yang boleh menjejaskan sistem tersebut dan menghalang sebarang bentuk penindasan serta kezaliman kepada manusia amnya. Perkara ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran:

Maksudnya: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (al(al-Nisa’:29)


[1] M.Umer Chapra (1990) Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil, (terj.) Ismail bin Omar, h: 10-11.
[2] Sayyid al-Qutb (1986) Fi Zilal al-Quran, jil.5, h: 72.
[3] Muhammad `Abd al-Mu`im al-Jamal (Dr.) (1980) Mausu`ah al-Iqtisad al-Islami, h: 14.

Friday, September 26, 2008

Salam Ramadhan dan Aidilfitri


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kepada semua sahabat dan pengunjung dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi ke blog saya. Meskipun ramadhan belum melabuhkan tirainya, begitu sedih sekali rasannya entah sempat atau tidak ramadhan pada masa akan datang, diruang yang terhad ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua kenalan. Bagi yang merancang untuk pulang ke kampung pastikan tempat kediaman anda dalam keadaan selamat dan yang pulang dengan kenderaan pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan pandu dengan berhati-hati. Saya doakan semoga selamat pulang dan kembali semula ke destinasi masing-masing dengan selamat Insyallah.


Selamat Hari Raya. Sehingga bertemu lagi. Salam Ramadhan dan Aidilfitri.


Dari


-Abu Rushd-

Friday, September 19, 2008

Ramadhan




Bismillahirrahmanirrahim




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan Bertemu lagi dalam ruangan penulisan ini. Topik perbincangan yang dipilih pada kali ini iaitu "Penghayatan dan Pengisian Ramadhan." Semoga dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada para pembaca.






Ramadhan.




Dalam banyak siri penulisan yang telah dilontarkan oleh penulis lain banyak dibincangkan tentang fadhilat ramadhan, kelebihan beramal pada bulan tersebut, ganjaran yang diterima, bulan rahmat, keberkatan dan sebagainya. Secara peribadi saya berpendapat bahawa isu tersebut tidak perlu dibincangkan lagi kerana ia banyak diperkatakan oleh golongan ustaz berserta dengan dalil2 nas yang telah dikemukakan. Semoga penulisan tersebut dapat merangsang para pembaca menambahkan amal ibadah bersesuaian dengan kemuliaan yang ada pada bulan tersebut.




Namun begitu, persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran saya iaitu bagaimanakah mekanisme yang berkesan supaya apa yang dibincangkan tersebut dapat direalisasikan oleh umat Islam khususnya di negara kita?. Tambahan lagi Ramadhan telah berada dipenghujungnya dan akan meninggalkan kita sama ada sedar atau tidak atau masih lagi menjadi satu hikayat sekadar dibaca tetapi tidak difahami akan hakikatnya. Dalam pada itu, pada fasa yang terakhir ramadhan ini (10 malam terakhir) mengandungi seribu rahsia yang perlu diterokai oleh umat Islam dan perlu direbut oleh setiap individu muslim iaitu malam lailah al-qadr. Beruntunglah kepada sesiapa yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk mendapat ganjaran dan habuan hasanah di dunia dan akhirat sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah.




Walau bagaimanapun, suasana dan realiti yang berlaku pada hari ini apakah ianya dapat menyediakan satu suasana yang kondusif dan positif kepada umat Islam untuk berlumba-lumba mengerjakan amalan kebajikan yang seoptimum mungkin. Pada dasarnya, realiti suasana dan kondisi semasa tidak akan mempengaruhi pegangan akidah seseorang untuk menjalani obligasinya sebagai seorang muslim, mukmin dan muhsin. Namun, disebabkan kerapuhan benteng akidah yang diterjemahkan dalam bentuk iman yang lemah mengakibatkan manusia sering lupa, alpa, keluh kesah, memberontak, hiburan yang melampau dan sebagainya dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang sepatuntnya ditunaikan.




Senario yang berlaku pada hari ini, didapati apabila menjelang penghujung ramadhan, kita sentiasa disibukkan dengan persiapan untuk menyambut hari raya dan hal ehwal keduniaan yang lain. Maka apabila menjelang waktu malam, manusia berpusu-pusulah ke pekan-pekan atau ke bandar untuk membeli-belah atau dengan pelbagai tujuan lain. Lazimya, pada saat ini lah masyarakat Islam sibuk membuat perancangan meninjau di kedai atau bazar menjual pakaian, kuih dan aksesori yang lain dan sebagainya. Sudah pastilah dari satu segi ia bagaikan pintu rezeki telah terbuka seluasnya kepada golongan peniaga dan saat inilah yang ditunggu oleh golongan tersebut untuk menambahkan pendapatan mereka. Ia bagaikan karnival atau pesta membeli belah bagi masyarakat Islam di Malaysia untuk mendapatkan barangan keperluan hari raya. Seolah-olah ia bagaikan satu klimaks yang ditunggu oleh masyarakat kita dalam bulan ramadhan ini sebagai tanda untuk memperlengkapkan kesempurnaan menyambut hari raya sebagai hari kemenangan dan kejayaan bagi umat Islam. Kebiasaannya menjelang larut malam manusia berduyun-duyun untuk hadir ke pesta membeli belah tersebut. Ini kerana pada waktu siang, kita sibuk dengan kerja dan mungkin faktor keletihan membataskan aktiviti disebabkan pada sebelah petang kita sibuk pula dengan pesta membeli makanan. Saya tidak menyalahkan golongan peniaga, kerana ianya adalah sebagai sumber pendapatan mereka. Walau apapun, sebagai peniaga atau pembeli sekiranya mereka sedar dan memahami tanggungjawab sebagai seorang muslim sudah pastilah mereka dapat bermuamalah dengan baik sebagaimanana yang dituntut oleh agama dan bukannya dipengaruhi oleh faktor material sehinggakan sanggup mengenepikan suruhan dan larangan dalam agama. Sebagai contoh, peniaga apabila masuk waktu solah perlulah menunaikannya, bagi yang wanita pula diwajibkan menutup aurat, menyedikan makanan yang berkualiti dan bukannya hanya untuk meraih keuntungan semata-mata, mengutamakan nilai ihsan, berakhlak dan pelbagai lagi. Bagi pembeli pula, kita perlu mengawal tabiat membeli dengan kadar yang berlebihan dan akhirnya berlakulah pembaziran. Maklumlah pada sebelah petang, nafsu perut kita tidak dapat mengawal keinginan untuk berbuka. Jika diikutkan kita akan membeli sebayak yang mungkin yang sebanyak mungkin untuk memenuhi ruang perut yang kosong setelah menahan diri daripada makan dan minum berjam-jam lamanya. Bersikaplah sederhana dalam membeli.




Jika kita masih dalam situasi ini, amat malang dan rugilah kita sebagaimana yang disifatkan dalam al-Quran iaitu golongan al-khusran yang sentiasa dirundung malang bukan sahaja di alam dunia lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak. Justeru itu saya mengingatkan diri saya dan juga para pembaca dalam tempoh baki ramadhan yang bakal meninggalkan kita marilah bersama-sama mengisi 10 malam yang terakhir ini dengan pelbagai aktiviti ibadah dengan harapan kita dipilih oleh Allah S.W.T dapat beribadah pada malam yang penuh kemuliaan iaitu lailah al-qadr. Semoga ianya tidak terlambat untuk diri kita bermunajat kepada Allah memohon keampunan, keberkatan dan termasuk dalam golongan al-yamin iaitu mendapat keredhaan, kejayaan, dan kerahmatan di dunia dan di hari akhirat kelak. Lebih malang lagi, kita telah mengetahui hikmah dan ganjaran yang telah dikurniakan kepada manusia yang beribadah pada malam tersebut sama ada melalui pembacaan atau di mana-mana kuliah, namun peluang dan waktu tersebut dipersia-siakan dengan begitu sahaja. Belum tentu lagi kita dapat bertemu ramadhan pada tahun hadapan. Pada waktu inilah kita perlu memanfaatkan dan menggunakan peluang untuk mendekati Pencipta kita dengan penuh rasa keinsafan yang datang dari lubuk hati yang ikhlas. Benarlah firman Allah, iaitu Allah bersumpah dengan masa, dan manusia itu sering dalam tertinggal dan kerugian. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita supaya dapat bermujahadah melawan hawa nafsu dan mendorong kita melakukan amal ibadah yang sebaik mungkin daam bulan yang mulia. Untuk mencapai usaha tersebut, ia memerlukan disiplin diri yang tinggi, dan sentiasa berdoa dan bertawakkal supaya amalan kita sentiasa konsisten bukan sahaja pada bulan yang penuh keberkatan ini tetapi juga bulan-bulan yang lain. Akhir kalam, semoga amalan puasa yang dilakukan pada tahun ini diterima dengan sebaiknya oleh Allah dan bukannya hanya sekadar dapat menahan lapar dan dahaga semata-mata serta ianya tidak dinilai disisi Allah.




Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya-Abu Rushd_

Monday, August 18, 2008

Islamic Civilizations (Medical Arts)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamulaikum & salam sejahtera. Bertemu lagi dalam ruangan penawar hati. Pada kali ini penulisan ini memerihalkan sejarah pencapaian peradaban umat Islam silam. Diharap dapat memberi manfaat kepada para pembaca




Hospitals


The hospital was one of the great achievements of medieval Islamic society. The relation of the design and development of Islamic hospitals to the earlier and contemporaneous poor and sick relief facilities offered by some Christian monasteries has not been fully delineated. Clearly, however, the medieval Islamic hospital was a more elaborate institution with a wider range of functions. In Islam there was generally a moral imperative to treat all the ill regardless of their financial status. The hospitals were largely secular institutions, many of them open to all, male and female, civilian and military, adult and child, rich and poor, Muslims and non-Muslims. They tended to be large, urban structures.

The Islamic hospital served several purposes: a center of medical treatment, a convalescent home for those recovering from illness or accidents, an insane asylum, and a retirement home giving basic maintenance needs for the aged and infirm who lacked a family to care for them. It is unlikely that any truly wealthy person would have gone to a hospital for any purpose, unless they were taken ill while traveling far from home. Except under unusual circumstances, all the medical needs of the wealthy and powerful would have been administered in the home or through outpatient clinics dispensing drugs. Though Jewish and Christian doctors working in hospitals were not uncommon, we do not know what proportion of the patients would have been non-Muslim.


An Islamic hospital was called a bimaristan, often contracted to maristan, from the Persian word bimar, `ill person', and stan, `place.' Some accounts associate the name of the early Umayyad caliph al-Walid I, who ruled from 705 to 715 (86-96 H), with the founding of a hospice, possibly a leprosarium, in Damascus. Other versions, however, suggest that he only arranged for guides to be supplied to the blind, servants to the crippled, and monetary assistance to lepers.
The earliest documented hospital established by an Islamic ruler was built in the 9th century in Baghdad probably by the vizier to the caliph Harun al-Rashid. Few details are known of this foundation. There is no evidence to associate the construction of the earliest hospital with any of the Christian physicians from Gondeshapur in southwest Iran, but the prominence of the Bakhtishu` family as court physicians would suggest that they also played an important role in the function of the first hospital in Baghdad.


In little more than a hundred years, 5 additional bimaristans had been built in Baghdad. According to some accounts, directions were given by a vizier in the early 10th century to provide medical care to prisons on a daily basis and visits by doctors with a traveling dispensary to villages in lower Iraq. The most important of the Baghdad hospitals was that established in 982 (372 H) by the ruler `Adud al-Dawlah. When it was founded it had 25 doctors, including oculists, surgeons, and bonesetters. In 1184 (580 H) a traveller described it as being like an enormous palace in size.


In Egypt, the first hospital was built in the southwestern quarter of present-day Cairo in 872 (259 H) by Ahmad ibn Tulun, the `Abbasid governor of Egypt. It is the earliest for which there is clear evidence that care for the insane was provided. By the end of the century, two hospitals were also said to have been built in Old Cairo (Fustat), though the evidence on this point is questionable. In the 12th century, Saladin founded the Nasiri hospital in Cairo, but it was surpassed in size and importance by the Mansuri, completed in 1284 (638 H) after eleven months of construction. The Mansuri hospital remained the primary medical center in Cairo through the 15th century. The Nuri hospital in Damascus was a major one from the time of its foundation in the middle of the 12th century well into the 15th century, by which time the city contained 5 additional hospitals.


Besides those in Baghdad, Damascus, and Cairo, hospitals were built throughout Islamic lands. In al-Qayrawan, the Arab capital of Tunisia, a hospital was built in the 9th century, and early ones were established at Mecca and Medina. Iran had several, and the one at Rayy was headed by al-Razi prior to his moving to Baghdad. Ottoman hospitals flourished in Turkey in the 13th century, and there were hospitals in the Indian provinces. Hospitals were comparatively late in being established in Islamic Spain, the earliest possibly being built in 1397 (800 H) in Granada.
Of the great Syro-Egyptian hospitals of the 12th and 13th centuries, we possess a considerable amount of information. They were built on a cruciform plan with four central iwans or vaulted halls, with many adjacent rooms including kitchens, storage areas, a pharmacy, some living quarters for the staff, and sometimes a library. Each iwan was usually provided with fountains to provide a supply of clean water and baths. There was a separate hall for women patients and areas reserved for the treatment of conditions prevalent in the area -- eye ailments, gastrointestinal complaints (especially dysentery and diarrhoea), and fevers.


There was also an area for surgical cases and a special ward for the mentally ill. Some had an area for rheumatics and cold sufferers (mabrudun). There frequently were out-patient clinics with a free dispensary of medicaments. The staff included pharmacists and a roster of physicians who were required at appointed times to be in attendance and make the rounds of patients, prescribing medications. These were assisted by stewards and orderlies, as well as a considerable number of male and female attendants who tended the basic needs of the patients. There were also instructors (mu`allimun), possibly aspiring medical students, who trained the non-professional staff. The budget of such institutions must have been considerable, and in fact the budget of the Mansuri hospital in Cairo was the largest of any public institution there. Over the entire staff and responsible for the management of the hospital was an administrator who was not usually trained in medicine. In most instances he was a political appointment, subject to the unpredictable fluctuations of political favor, for the position of controller of a hospital was a very lucrative one. The chief of staff, on the other hand, was a medical man.
[639x532 8-bit color GIF, 268274 bytes]


Individual organs drawn in inks and opaque watercolors. Two of six leaves of anatomical drawings appended to a Persian translation of an Arabic medical compendium. On the righthand page are the liver with gallbladder, the stomach with intestines, the testicles, and detail of the stomach. On the left are a composite rendering of the tongue, larynx, heart, trachea, stomach and liver; a composite drawing of the ureters, urethra, kidneys, testicles, and penis; and a composite rendering of the bladder with female genitalia, womb and foetus. Undated, probably 18th century India. NLM MS P20, fols. 556-557a


All the hospitals in Islamic lands were financed from the revenues of pious bequests called waqfs. Wealthy men, and especially rulers, donated property as endowments, whose revenue went toward building and maintaining the institution. The property could consist of shops, mills, caravanserais, or even entire villages. The income from an endowment would pay for the maintenance and running costs of the hospital, and sometimes would supply a small stipend to the patient upon dismissal. Part of the state budget also went toward the maintenance of a hospital. The services of the hospital were to be free, though individual physicians might charge fees.


(Abu Rushd)

Tuesday, August 12, 2008

Keperluan Nilai-Nilai Murni Dalam Mewarnai Kehidupan Insan Yang Holistik


Bismillahirrahmanirrahim.


Asslamulaikum dan salam sejahtera. Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadahan iaitu bulan yang ditunggu oleh umat Islam. Semoga amalan kita semakin bertambah berbanding dengan puasa yang terdahulu dan dengan rasa penuh keinsafan semoga Allah dapat menerima segala amalan yang kita lakukan. Dalam ruangan ini saya masih lagi mengekalkan tema penulisan yang berkaitan nilai-nilai murni. Adalah diharapkan usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan diharapkan usaha ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan diterima sebagai amalan kebajikan. Sekali lagi terima kasih buat para pembaca


Nilai-Nilai Murni


Setiap perilaku dan pemikiran manusia yang kompleks dipengaruhi oleh sistem nilai yang menjadi nadi kepada kehidupan manusia. Secara nisbinya, sistem nilai yang telah bertapak kukuh dalam kosmologi pemikiran masyarakat telah distrukturkan sama ada melalui pemikiran atau diperakui oleh hukum sosiologi manusia dan diiktiraf sebagai norma-norma yang diraikan serta dihormati oleh sesuatu masyarakat. Walau bagaimanapun, perubahan yang berlaku dalam masyarakat disebabkan oleh keperluan manusia yang berbeza mengikut suasana dan realiti dan perkembangan tamadun manusia yang silih berganti menyebabkan berlakunya dikotomi nilai yang dipolemikkan oleh ahli-ahli masyarakat yang mewakili pelbagai bangsa dan kaum.

Masing-masing berpegang dengan norma dan sistem nilai yang tersendiri sehingga ada yang merendah-rendahkan dan berpandangan skeptikal di antara satu sama lain. Namun begitu, di pandang pada dimensi yang positif pula, perubahan dan perbezaan masyarakat di dunia tentang kepelbagaian sistem nilai yang didokong tersebut dilihat sebagai satu perkembangan yang positif kerana ianya telah menyumbang dan memperkayakan serta melengkapi di antara satu sama lain dalam memahami falsafah nilai. Secara tidak langsung kematangan sistem falsafah ini menjadi asas untuk memahami teoritikal nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat umum. Ia memberi gambaran bahawa falsafah nilai-nilai murni yang ditaja oleh pemikiran manusia sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten dan sentiasa dibuka untuk ditafsirkan mengikut selera keperluan masyarakat.

Apabila Islam disyariatkan di atas muka bumi ini, ajarannya membawa rahmat kepada manusia, memperbaiki sistem pembangunan manusia dan memerdekakan fizikal serta fisiologi manusia kepada satu cara hidup yang sempurna. Doktrinasi ajarannya juga telah berjaya memartabatkan peradaban manusia sebagai tamadun manusiawi yang unggul dari aspek fizikal dan ma`nawi. Menyentuh tentang falsafah nilai dan norma hidup masyarakat, ajaran Islam bersikap positif terhadap sistem tersebut bahkan bersikap toleransi selagimana tidak bercanggah dengan prinsip syariat Islam. Sebagai contoh, pada ketika Islam diturunkan di bumi Arab, masyarakatnya pada masa tersebut telahpun mempunyai sistem falsafah tradisi nilainya yang tersendiri.

Tradisi nilai yang terpuji yang dipraktikkan oleh masyarakat Arab masih lagi diterima oleh Islam dan dianggap sebagai relevan dengan sistem nilai Islam. Nilai-nilai mulia masyarakat Arab seperti menepati janji, memuliakan tetamu dan nilai-nilai murni yang lain masih lagi dikekalkan dalam konsep nilai-nilai murni Islam. Oleh yang demikian jelaslah bahawa sesuatu tingkah laku atau asas pemikiran manusia yang menepati dengan sistem nilai Islam diterima sebagai perbuatan yang Islamik. Dari skala mikro pula, apabila sesuatu nilai atau norma yang dilazimi menjadi satu bentuk budaya yang dihormati dan diiktiraf oleh masyarakat Islam secara menyeluruh ia dikenali sebagai `urf [1]yang mengikat kehidupan masyarakat.

Jika dilihat kepada sistem nilai-nilai murni dalam skop syariat Islam, ia berasaskan kepada order tauhid yang menjadi acuan kepada falsafah sistem nilai. Melalui konsep pandang semesta tauhid, nilai-nilai murni dilihat bersifat sejagat atau universal dan relevan serta realistik dalam memenuhi komponen keperluan kehidupan manusia. Umumnya, nilai-nilai tersebut adalah bersumberkan wahyu serta diadun dengan pemikiran manusia untuk diterjemahkan secara praktikal.

Isi kandungan nilai-nilai tersebut juga perlu mengambilkira kepentingan dan kemaslahatan umum dan bukannya untuk kepentingan kelompok masyarakat tertentu sahaja. Atas asas inilah nilai-nilai murni yang berpaksikan ajaran agama disifatkan sebagai `alami kerana ianya tidak diwakili oleh kepentingan-kepentingan tertentu sebaliknya penghayatan dan pelaksanaannya dapat memberi jaminan kesejahteraan kepada umat sejagat.

Oleh kerana itu, Islam secara objektifnya memberi penekanan kepada manusia untuk meletakkan doktrin nilai-nilai murni sebagai asas keperluan manusiawi dalam mengurus dan mentadbir alam ini untuk melangsungkan survival ummah. Nilai-nilai murni merupakan santapan rohaniah dalam proses untuk melahirkan individu muslim yang muttaqin. Sebagai analoginya, nilai-nilai murni yang dicernakan dalam jiwa dan pemikiran seseorang ditamsilkan sebagai sinaran matahari yang menerangi alam. Cahayanya membawa manfaat yang sangat berguna kepada semua makhluk. Kekuatan dalaman (instrinsik) manusia yang disuntik dengan nilai rohaniah akan memantulkan pola perlakuan yang cenderung kepada perkara ma`ruf dan benci kepada kemungkaran seperti yang telah difardhukan oleh syara`. Ia juga dianggap sebagai daya atau momentum yang menjana kuasa dalaman manusia untuk bertindak secara positif sepertimana yang ditegaskan falsafah akhlak Islam.

Manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah dianugerahkan dua unsur penting untuk menghidupkan lagi potensi insan sebagai khalifatulard. Unsur-unsur tersebut dikenali sebagai akal dan nafsu. Dengan adanya pemberian tersebut, akal tidak boleh bertindak secara bersendirian kerana ia memerlukan lokus kawalan iaitu perlu diberi tunjuk arah oleh wahyu. Melalui pedoman dan taufiq Ilahi inilah manusia akan selamat dan kehidupannya bertambah berkat. Ini kerana, akal tanpa bimbingan wahyu selalu tersalah dalam membuat pertimbangan kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman seperti nafsu dan faktor luaran seperti unsur-unsur persekitaran dan logik.

Unsur kedua yang dianugerahkan kepada manusia ialah nafsu. Sifat asasi nafsu ini lazimya cenderung membawa manusia kepada nilai-nilai haiwani yang menyukai kepada keseronokan keduniaan. Kehendak nafsu yang membuak-buak dan tidak terbatas kepada keperluan duniawi sentiasa mengaburi pandangan mata hati manusia daripada mencintai perkara-perkara kebaikan. Implikasinya, apabila nafsu kebinatangan ini menguasai diri manusia ia akan mencetuskan konfik dalaman[2] dan mematikan hati untuk mengenali pintu kebenaran yang hak.

Akibatnya, jiwa manusia tersebut diruntun dengan perasaan keluh kesah, putus asa, bertindak secara bebas meskipun bertentangan dengan nilai dan etika dan pelbagai perkara kejahatan yang lain. Walaupun pada anggapan golongan manusia tersebut dikatakan telah berjaya memuaskan kehendak nafsunya, namun secara de factonya tindakan tidak bermoral yang dilakukan tersebut mematikan roh insaniah dan menyuburkan lagi nafsu kepada unsur-unsur perlakuan jahat.

Gambaran al-Quran tentang sifat-sifat asasi nafsu yang ada diri manusia seperti berikut:
Pertama: Nafsu Ammarah: Umumnya nafsu pada tahap ini cenderung kepada unsur-unsur kejahatan. Premis kenyataan ini dijelaskan dalam al-Quran seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang”. (Yusuf:53)

Kedua: Nafsu Lawwamah: Pada kategori ini, secara tipikalnya nafsu sering mengkritik dirinya terhadap amalan yang dilakukan dan bersifat apologetik menginsafi kesalahan dan kesilapan yang lalu. Dalam masa yang sama juga, ia turut menyesali ke atas perkara kebaikan yang tidak dapat dikerjakan secara seoptimum mungkin. Sifat tabie nafsu tersebut diterangkan dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Aku bersumpah demi hari kiamat,2. Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).”
(al-Qiyamah:1-2)

Ketiga: Nafsu Mutmainnah: Dalam hirarki nafsu, kategori nafsu demikian berada pada tahap yang paling tinggi. Manusia yang memiliki nafsu pada tingkatan ini cenderung memberi ketenangan dan kebahagian kepada pemiliknya. Ini kerana, nafsu ini dikuasai dan diimbangi dengan unsur iman dan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah S.W.T. Nafsu tersebut terarah kepada menghayati nilai-nilai agama serta mempunyai itizam yang tinggi dalam menghayati akhlak rabbani . Perkara ini dibentangkan dalam al-Quran, firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“ Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi dieidhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, Masuklah ke dalam syurga-Ku”
(al-Fajr:27-30)

Bagi mengelakkan diri manusia daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur keji yang boleh merosakkan diri dan agama, seluruh kehidupannya perlu dihiasi dengan manifestasi nilai-nilai murni yang beridealismakan nilai-nilai luhur dan mencontohi adab tingkah laku terpuji seperti yang ditunjukkan oleh keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. Contoh personaliti ini merupakan model yang terbaik dalam kalangan manusia untuk merangka blue print sistem nilai yang berfungsi untuk memperindahkan kehalusan budi yang perlu dihayati oleh setiap manusia dalam setiap bidang kehidupan. Menyedari tentang kepentingan nilai-nilai murni perlu diaplikasikan dalam setiap ruang lingkup kehidupan manusia, setiap tindakan dan gerak-gerinya dalam berinteraksi dengan PenciptaNya, sesama manusia dan alam perlu didasari dengan nilai-nilai adab sama ada secara zahir atau batin. Individu muslim yang dididik dan diasuh dengan nilai-nilai murni yang berasaskan kepada kesedaran akhlak dan beragama akan menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam melaksanakan tuntutan keagamaan.

Secara lebih jelas lagi, individu tersebut dapat melaksanakan tuntutan ibadah yang merangkumi ibadah khusus dan umum dengan penuh rasa rendah diri atas kesedaran bahawa Allah S.W.T sentiasa memantau dan mengawasi serta akan menghisab setiap tindakan hambaNya. Atas pertimbangan inilah, setiap aktiviti yang dilakukan bukan hanya berdasarkan orientasi keuntungan dunia yang menjadi pertimbangannya semata-mata. Bahkan amal perbuatannya merentasi kepada pertimbangan alam lain iaitu mendapat ganjaran dan habuan di akhirat kelak.

Individu mukmin yang diperkukuhkan dengan orientasi nilai-nilai murni sentiasa menunaikan tanggungjawab agamanya secara ikhlas dan jujur. Dalam ibadah khusus misalnya kewajipan menunaikan solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya dilaksanakan dengan perasaaan khusyu` dan tawaddu` mengharapkan keredhaan dan kerahmatan dari Allah Yang Maha Esa. Individu yang berjaya memenuhi tanggungjawab agama ini secara sempurna sudah pastilah jiwa dan pemikirannya bersih dari kekotoran yang dinodai dengan unsur-unsur mazmumah menjadi faktor hijab (penghalang) untuk berinteraksi dengan Allah secara lebih sempurna. Individu yang suci dari aspek zahir dan batinnya dengan nilai-nilai rohaniah akan meninggalkan kesan positif terhadap jasad dan rohnya seperti tenteram jiwanya, lapang akalnya dan tenang hatinya kerana dipenuhi dengan ilmu, hikmah dan taufiq dari Ilahi.

Manusia yang mencapai tahap sedemikian akan memperolehi ijazah yang tertinggi daripada Allah S.W.T iaitu mencapai tahap peringkat mukmin yang hakiki. Anugerah ini hanya dikurniakan kepada manusia yang memiliki kualiti iman yang jitu dan tinggi. Ini kerana, tingkatan iman yang dimiliki oleh seseorang akan menentukan status hirarkinya di sisi Allah S.W.T. Pada peringkat ini, seluruh perlakuan dan hidupnya hanya diprojekkan kepada ketaatan yang mutlak kepada Allah S.W.T. Justeru itu, apabila manusia berjaya berinteraksi secara positif dengan Allah S.W.T, secara tidak langsung ia menjadi asas yang konkrit untuk menjalinkan interaksi asas lain yang merangkumi komponen sesama manusia dan alam.

Sehubungan dengan itu, dalam memenuhi tuntutan ibadah umum yang bersifat fardhu kifayah seperti muamalah, siasah, perundangan, iqtisad (aktiviti perekonomian) dan sebagainya, perlaksanaan obligasi tersebut perlu dikombinasikan dengan nilai-nilai Islam yang murni. Sistem nilai yang berteraskan agama menjadi intisari asas kepada pembangunan insaniah. Produk manusia yang dihasilkan melalui pentarbiyahan agama akan melahirkan institusi masyarakat yang meletakkan kepentingan agama mengatasi segala-galanya. Ajarannya juga bukan sahaja diperakui sebagai undang-undang yang tertinggi tetapi juga mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengaplikasikan isi kandungannya dengan penuh hormat dan tanggungjawab.

Fenomena positif ini dapat melahirkan generasi yang diistilahkan sebagai institusi masyarakat rabbani yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Melihat kepada keperihalan inilah, nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama perlu dijadikan sebahagian daripada komponen asas untuk pembangunan model insan yang lebih komprehensif. Penghayatan nilai-nilai murni dalam aspek kehidupan manusia akan menyuburkan nilai-nilai positif seperti berilmu, amanah, bercakap benar, berintegriti, akauntabiliti, kasih sayang, adil, hormat menghormati, kesederhanaan, berakhlak mulia, menegakkan kebenaran, keharmonian, takut kepada Allah dan pelbagai lagi.

Dalam konteks dunia sufism pula, aliran ini memberi penekanan kepada manusia untuk mengapikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai yang digagaskan meliputi nilai siap siaga (murabatah), penetapan syarat (musyaratah), pengawasan (muraqabah), menilai diri (muhasabah), dalam beramal menghukum diri di atas kelemahan dan kekurangan yang ada (mu`aqabah), mengkritik diri dan menginsafi dengan memohon keampunan kepada Allah S.W.T melalui mekanisme taubat (mu`atabah).

Paradigma kemanusiaan atau dikenali sebagai “al-Nuz`ah al-Insaniyyah” adalah jelas diutarakan oleh Islam sebagai memperkasakan nilai-nilai kebaikan untuk kesejahteraan sejagat dan tunduk kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Apabila sinar Islam memayungi alam ini, falsafah ajarannya jelas membawa rahmat kepada seluruh manusia dan makhluk lain amnya. Mesej pengajarannya yang bersifat universal penuh dengan prinsip-prinsip kemanusiaan dan kaya dengan timbunan nilai-nilai murni yang luhur adalah sesuai dan menepati dengan keperluan fitrah manusia.

Menurut faham Islam, manusia yang menjadi penghuni alam ini mempunyai hak dan keistimewaan yang sama di sisi Allah S.W.T. Berasaskan ketentutan inilah, ajaran Islam dilihat sebagai agama yang indah yang memberikan keadilan yang sewajarnya kepada seluruh umat kerana intisari ajaran Islam menzahirkan nilai-nilai seperti kebenaran, keadilan, amanah, memelihara dan menghormati hak asasi, memperkasa citra kemuliaan manusia dan menghormati substansinya.[3]

Keistimewaan nilai-nilai murni yang bersendikan wahyu agung adalah berbeza dengan falsafah nilai yang ditaja oleh sistem Barat yang hanya memberi prioriti kepada asas pragmatisme dan meminggirkan nilai-nilai kemanusiaan. Barat hanya sekadar melihat unsur-unsur kemanusiaan dalam aktiviti yang melibatkan sumber perekonomian, etika kerja dan faktor-faktor kebajikan. Dikotomi nilai ini berlaku disebabkan pengasingan elemen-elemen rohaniah dengan falsafah hidup manusia yang menyebabkan indikasi kepada konseptual nilai hanya diterimaoleh kelompok manusia tertentu sahaja. Pemisahan doktrinasi agama dalam memahami keperluan manusia juga menyebabkan berlakunya dekadensi moral yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan umat. Natijahnya, kebobrokan nilai yang berlaku dalam institusi sosial masyarakat boleh menimbulkan kekacauan, kebimbangan dan kestabilan yang bertentangan dengan semangat maqasid syariyyah yang diutarakan dalam Islam.


Menyentuh tentang isu dekandensi yang berlaku dalam masyarakat, faktor ini berlaku disebabkan perubahan kondisi yang berlaku dalam masyarakat. Menurut Mahmud al-Syarqawi, sejarah telah membuktikan bahawa perubahan gelagat manusia daripada terikat dan patuh kepada ketentuan agama dengan beriman dan berakhlak terpuji kepada kejahilan, kesesatan dan cara hidup yang bebas mengakibatkan berlakunya keruntuhan tamadun manusia.[4] Simptom penyakit yang dihadapi oleh masyarakat telah berlaku sejak dari zaman Nabi Adam A.S. sehinggalah pada zaman umat Nabi Muhammad S.A.W. adalah berdasarkan skrip yang sama cuma yang membezakannya ialah watak manusia dan persekitaran. Penyelewengan akidah, kemuflisan moral dan ketandusan amalan nilai-nilai murni yang dimanifestasikan dengan kehidupan manusia yang buruk, tidak bermaruah, tercabutnya unsur-unsur kemanusiaan, penindasan, tamak, hasad dengki, kezaliman dan nilai-nilai negatif yang lain merupakan virus yang membunuh ketamadunan manusia.

Gejala-gejala negatif yang berlaku dalam masyarakat adalah disebabkan kelonggaran manusia berpegang teguh dengan panduan dan hikmah yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui wahyu. Apabila manusia mengutamakan kepentingan dunia mengatasi ketentuan wahyu menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam proses pembangunan manusia. Ditambah lagi dengan penguasaan dan monopoli tamadun kebendaan yang mengkagumkan dalam pelbagai bidang keperluan manusia menyebabkan manusia alpa kepada hakikat pencapaian tersebut. Namun disebalik kemakmuran dan pembangunan yang tidak seimbang dikecapi tersebut, mengakibatkan manusia hilang arah dan pedomannya serta luputnya nilai-nilai murni yang menjadi ukuran kejayaan manusia. Difusi nilai-nilai murni yang menjadi asas pandangan semesta masyarakat telah digantikan dengan nilai-nilai haiwaniah yang menjadi sebati dengan jiwa manusia yang menguruskan alam ini.[5]

Akibatnya, interaksi manusia dengan alam yang yang bersikap positif bertukar menjadi pasif dan golongan pelampau tersebut rakus mencabuli hak-hak alam sehingga berlaku ketidakstabilan ekosistem dan memusnahkan planet yang amat berharga ini. Dunia menjadi kacau bilau disebabkan manusia sudah tidak ada lagi arah tujuan dan berada dalam dilema dalam menaksirkan sesuatu perbuatan sama ada diklasifikasikan sebagai baik atau sebaliknya. Unsur-unsur moral hanya dijadikan khazanah yang disimpan dalam sesuatu manuskrip atau menjadi bahan sejarah dalam sesuatu ideologi atau aliran-aliran kepercayaan tertentu. Kelompok masyarakat yang sepatutnya ditegakkan atas semangat ummah yang mementingkan elemen kasih sayang, harmoni, hormat, silaturrahim dan sebagainya sudah bertukar menjadi pecah belah dan mementingkan fahaman individualistik. Pada ketika itu, manusia mula mentafsirkan nilai mengikut selera hawa nafsu dan pertimbangan akal logiknya semata-mata.

Menginsafi hakikat tersebut, manifestasi kehidupan manusia yang inginkan kesejahteraan di dunia dan akhirat atau diistilahkan sebagai (al-falah) perlu menjadikan agama sebagai tiang seri hidupnya dan nilai-nilai murni adalah pakaian zahir dan batin mereka. Justeru itu, setiap keperluan kehidupan insan yang merangkumi politik, pentadbiran, kebudayaan, kesenian, ekonomi, teknologi dan pelbagai lagi perlu diharmonisasikan dengan nilai-nilai murni yang bertunjangkan agama. Cerminan nilai-nilai murni dalam diri manusia akan memantulkan sinar rohaniah yang mengawal setiap aktiviti perlakuan insan bertindak mengikut batasan yang ditentukan oleh agama. Apa yang jelas penghayatan kepada nilai-nilai tersebut dapat menjamin kemaslahatan survival umat manusia dalam melangsung peradaban manusia yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T. Kesombongan, keegoaan dan kebongkakan manusia membelakangkan nilai-nilai murni dalam kehidupan akan mendorong mereka mencipta pelbagai bentuk kemusnahan dan ketempangan dalam sistem pembangunan insan yang bersifat holistik.
[1] Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid (2006) Pengaruh Timbal Balik Antara Hukum dan Budaya Dalam Syariat Islam, dlm Hukum Islam dan Budaya Tempatan, h: 5-6.
[2] K.A Rashid (1988) Pemikiran Islam: Satu Penilaian Semula, (terj.) Amida @ Hamidah Abdul Hamid, h: 64
[3] Wahbah Zuhaily (1997) Al-Quran Dalam Melaksanakan Hukum dan Peradaban, h:193.
[4] Mahmud al-Syarqawi (1970) al-Anbiya’ fi al-Quran al-Karim,h: dlm bab kesimpulan.
[5] Shahnon Ahmad (1990) Fungsi dan Pembangunan Islam Dalam Pembangunan Ummah: Antara Harapan dan Kenyataan, dlm Konsep dan Perlaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, (disunting) Muhammad Syukri Salleh, h: xxi.

Saturday, July 26, 2008

Manifestasi Konsep al-Falah Dalam Islam


Bismilahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W. Untuk kali ini, penuisan saya cenderung untuk membincangkan konsep al-falah menurut kaca mata Islam. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Semoga ianya dinilai sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T.


Konsep al-Falah

Umumnya, apa jua tindakan manusia pada kesudahannya ia meletakkan satu matlamat iaitu untuk mencapai kejayaan. Dalam merencana untuk mencapai objektif tersebut, manusia perlu bertindak mengikut pelan perancangan yang dirangkanya atau yang telah ditentukan kepadanya. Begitu juga dengan prinsip nilai, sudah pastilah entiti yang mendasari sistem falsafah tersebut ialah kuantum nilai-nilai positif yang maksimum sama ada ia ditentukan melalui panduan wahyu atau melalui pemikiran dan pengalaman manusia. Pematuhan kepada norma-norma nilai murni tersebut menjadi faktor pendorong kepada kejayaan seseorang dalam setiap aspek keperluan kehidupannya.

Dari sudut pandang Islam, konsep kejayaan yang ditekankan ialah mendapat keuntungan, kebahagian, kejayaan bukan sahaja di alam dunia tetapi kejayaan tersebut berkesinambungan untuk dikongsi di alam akhirat. Dalam ketentuan ini, ia diistilah sebagai mencapai hasanah di dunia dan akhirat. Meskipun begitu, klimaks kepada pencapaian tersebut adalah untuk mendapat mardhatillah, keampunan Allah, rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T. Golongan manusia yang mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yang memperolehi kejayaan yang hakiki atau distilahkan sebagai al-falah.

Berasaskan kepada huraian tersebut, jelaslah bahawa secara implisitnya unjuran terhadap manusia untuk mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam setiap aspek keperluan kehidupan adalah untuk menjamin kemaslahatan umum dan mendorong manusia menuju ke arah kejayaan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Destinasi untuk mencapai kejayaan tersebut adalah berdasarkan kepada petunjuk dan bimbingan yang telah dilalui oleh para Rasul, Nabi-Nabi dan golongan soleh terdahulu melalui pedoman wahyu. Pra syarat utama untuk manusia mencapai kemenangan dan kejayaan adalah dengan cara menjadikan pegangan agama sebagai satu cara hidup yang bersifat holistik. Pengukuhan cara hidup manusia dengan nilai-nilai Islam akan melahirkan satu kondisi yang positif dan memotivasikan insan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam melangsungkan survival peradaban manusia.

Sehubungan dengan itu, apabila dipandang pada skala makro ajaran Islam sentiasa menyeru umatnya untuk maju ke hadapan, berperadaban tinggi dan menjadi perintis yang berjaya dalam pelbagai bidang untuk dicontohi oleh bangsa yang lain. Tidak diragukan lagi bahawa konsep al-falah seperti yang diprojekkan oleh Islam adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi kemurnian dan keagungan peradaban Islam untuk kesejahteraan umum dengan cara menintegrasikan keperluan duniawi dan maknawi secara bersepadu mengikut acuan agama. Kejayaan dalam neraca al- falah ini, tercetus dari inspirasi yang berasaskan gagasan-gagasan doktrin prinsip ajaran Islam yang memberi penekanan kepada nilai-nilai murni yang luhur.

Sekiranya diteliti saranan yang terdapat dalam al-Quran terhadap manusia untuk mencapai jalan kejayaan didapati ia telah meletakkan mekanisme-mekanisme yang tertentu. Secara tipikalnya, mekanisme yang dikenal pasti sebagai formula untuk mencapai kejayaan adalah dengan cara penghayatan terhadap unsur-unsur nilai seperti keimanan yang tinggi, amal soleh, taqwa, al-amr bi al-ma`ruf wa al-nahyu `an al-munkar, akhlak yang terpuji dan nilai-nilai luhur murni lain yang diiktiraf dalam setiap perlakuan manusia. Dari aspek psikologikal pula, kejayaan dan kesejahteraan yang diperolehi tersebut akan memberi impak yang positif dalam kehidupan insan seperti mententeramkan jiwa dan pemikiran serta bebas dari perasaan keluh kesah yang boleh memberi pengaruh negatif kepada ruh dan jasad. Justeru itu apabila unsur-unsur nilai yang dinyatakan tersebut diaplikasikan secara konsisten dalam kehidupan manusia, golongan yang demikian disebutkan oleh Allah sebagai golongan yang berhak memperolehi kejayaan dan mendapat rahmat di hari akhirat kelak. Gambaran ini dirakamkan oleh al-Quran melalui firman Allh S.W.T:

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(al-Mukminun:1-6)



Dalam ayat lain, Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(al-A`raf:96)


Walau bagaimanapun, sekiranya manusia mengingkari dan membelakangkan segala tuntutan yang termaktub dalam wahyu maka kehidupan manusia itu terarah kepada kesesatan dan jatuh ke lembah kejahilan. Secara tidak angsung, ia akan membuka dan mencipta ruang untuk bertindak di luar batasan keagamaan dan boleh mengundang kepada fenomena fasad. Kemuncaknya berlakulah unsur-unsur seperti kezaliman, penindasan, kesengsaraan dan pelbagai kesan negatif lain yang mengundang kepada kemusnahan dan kegagalan manusia di dunia dan akhirat. Golongan manusia yang bertindak sedemikian disifatkan oleh Islam sebagai ”al-Khusran” iaitu manusia yang dikelompokkan sebagai golongan yang rugi dan malang di alam dunia dan akhirat. Ini kerana setiap tindakan yang dilakukannya bukan sahaja sia-sia bahkan tidak mempunyai nilai di sisi Allah S.W.T.


-Abu Rushd-

Friday, July 25, 2008

Kegemilangan Peradaban Islam


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Topik penulisan kali ini berkisar tentang retrospektif peradaban Islam. Semoga isi kandungannya menjadi pedoman dan menyuntik semangat motivasi dan membugarkan jiwa kita untuk menyemarakkan ajaran Islam di mana sahaja kita berada.

Tamadun Islam

Perkembangan Islam yang berkembang pantas pada zaman kemuncaknya membawa satu order baru untuk dunia yang menjangkau dari pergunungan Pyrennees di Eropah hingga pergunungan Himalaya di benua kecil India. Islam telah melahirkan satu empayar yang lebih besar daripada empayar Rom pada zaman keagungannya. Ia disusuli pula monopoli blok politik dan memacu ke arah kemakmuran yang melimpah ruah dalam bidang sosial dan budaya. Keagungan Islam pada zaman itu merentasi pencapaian yang ada pada era tersebut. Pencapaiannya dalam bidang teknologi sebagai perintis telah menjadi asas dan membuka jalan ke arah penerokaan dan penemuan yang lebih maju kepada tamadun dunia yang lain. Selain mencapai kejayaan dan kemajuan dalam bidang politik dan ekonomi, umat Islam turut mengembangkan seni sastera dan ilmu sains ke dalam setiap ruang kehidupan. Tentera-tentera Islam memenangi peperangan demi peperangan, segala syariat Islam dipatuhi, surat kreditnya diiktiraf, seni binanya hebat, syairnya pula amat indah dan puitis, para ilmuannya bijaksana dan teknologinya mantap.

Di semua wilayah yang dukuasainya, dari Baghdad, Lembah Sungai Nil dan Tigris-Euphrates, Afrika Utara dan Sepanyol ke Asia Tengah dan India, Islam bukan sahaja membawa kemakmuran semata-mata, tetapi membawa bersamanya kejayaan yang asli dan membina.
Sesuatu tamadun lahir daripada inspirasi yang berasaskan gagasan-gagasan pemikiran. Inspirasi dan sumber tamadun Islam amatlah jelas.

Ia dibina di atas tapak yang kukuh, iaitu al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad s.a.w. Kandungan dan fitrah sumber-sumber agung ini telah melahirkan garis panduan yang sempurna kepada tindakan, tafsiran, kefahaman dan hujah, yang semuanya menyebabkan Islam diterima sebagai satu tamadun ilmu. Dari sinilah pemikiran-pemikiran kritikal, yang sentiasa mencari jawapan-jawapan kepada setiap masalah, bercambah dengan segarnya. Pemikiran inilah yang kemudiannya menetapkan hukum demi hukum untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dengan cara yang bijaksana dan adil.

Kejayaan ini adaah berteraskan kepada dogma akidah yang menjadi tunjang dan dasar kepada setiap polisi perencanaan manusia. Masyarakat Islam pada ketika itu dinaungi dengan ideologi rabbani menjadi institusi sosial yang berjaya dan bersatu padu. Kejayaan yang dinikmati oleh masyarakat bukan sahaja bersifat duniawi semata-mata tetapi yang menjadi keutamaan adalah memperolehi kemenangan, kejayaan dan kesejateraan yang berkesinambungan di alam akhirat kelak. Di samping menunaikan hak-hak yang sewajarnya kepada umat Islam, pemerintah pada masa tersebut tidak mengabaikan prinsip-prinsip keadilan kepada kaum non muslim. Asas keadilan yang didoktrinasikan dengan elemen akidah menjadi formula kepada kejayaan pemerintahan Islam silam.

Kegemilangan umat Islam harus dianalisis dari aspek kualiti keimanan yang tinggi kepada akidah Islam. Mereka bukan sahaja mencapai kejayaan di medan perang dan kebahagiaan pada masa aman, tetapi juga berjaya mengintegrasikan cara hidup Islam (way of life) dalam masyarakat dunia kepada satu tamadun Islam. Pelbagai unsur menghasilkan kemunculan tamadun Islam - unsur- unsur budaya Arab, Helleni, Semitic dan budaya tradisi Timur dan Sasani, Iran dan India. Kehebatan umat Islam berpunca daripada kebijaksanaan mereka mengadun dan menyesuaikan segala unsur ini kepada satu bentuk kehidupan yang sama dan menyerapkan unsur-unsur ini kepada perkara-perkara baru. Islam jugalah yang memulakan proses integrasi dan pada masa yang sama memberikan stimulasi dan penghayatan untuk mengekalkannya. Prinsip siasah Islam jugalah yang memberikan rasa kesatuan dan meningkat sinergi daya momentum yang positif kepada masyarakat.

Pemusatan kepada kehidupan Islam yang lengkap sebagaimana yang diistilahkan sebagai syariat Islam menjadi sebahagian daripada polisi pemerintahan. Syariat ini mengatur segala urusan hidup manusia dari ibadah sembahyang hinggalah hak-hak harta. Ia menyatukan juga setiap individu Muslim kerana setiap detik kehidupannya telah diatur untuk membentuknya menjadi insan yang tunduk kepada Penciptanya melalui corak yang suci ini.

Menyorot sejarah Islam yang gemilang ini, kita kadang kala merasakan realiti kehidupan masyarakat Islam pada hari ini dianalogikan sebagai obor yang kehabisan minyak dan akan malap ditup oleh badai yang menghalang api tersebut untuk memberi sinar harapan kepada masyarakat Islam. Di tambah lagi dalam era langit terbuka, umat Islam terdedah dengan pelbagai halangan dan cabaran dalam usaha memperkasakan Islam di alam ini. Ditambah lagi dengan perpecahan dalaman umat Islam sama ada disebabkan oleh isu politik, sosial, perbezaan pandangan dan sebagainya dipercayai melebarkan lagi jurang kekuatan umat Islam dalam menangani mehnah dan fitnah yang merosakkan jiwa umat Islam. Menginsafi hakikat itu, percayalah selagimana umat Islam berpegang teguh dengan tali wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah, peradaban Islam akan kembali menjadi satu blok peradaban yang disegani sepertimana era kegemilangannya pada satu ketika dahulu.
-Abu Rushd-

Wednesday, July 9, 2008

Konsep Maslahah:Satu Kupasan


Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi dalam ruangan penulisan. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat2 sekalian berkaitan konsep maslahah. Semoga dapat memberi manfaat dan faedah kepada para pembaca dan dinilai sebagai ibadah oleh Allah S.W.T


Pendahuluan

Secara prinsipnya, istilah masalih al-mursalah (memelihara kepentingan umum) mempunyai signifikan dalam mempengaruhi sesuatu hukum. Dari segi falsafahnya, syariat Islam yang dilahirkan atas muka bumi mempunyai misi dan wawasan bertujuan memberikan kesejahteraan kepada insan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Islam ialah agama yang menganjurkan keadilan, membawa rahmat, membawa kebaikan dan menjamin kepentingan umum (maslahah) kepada seluruh manusia dan makhluk yang lain. Meskipun begitu, dari sudut kedudukan sumber perundangan Islam, pemakaian konsep ini diklasifikasikan sebagai sumber yang tidak disepakati (sumber tab`iyyah) seperti `urf, al-istihsan, istishab dan mazhab sahabi.

Pada dasarnya, konsep masalih al-mursalah mempunyai kaitan yang rapat dengan konsep penilaian semasa dan setempat yang diiktiraf oleh Islam sebagai mekanisme untuk menjamin kepentingan masyarakat secara amnya. Oleh yang demikian, maslahah boleh difahami sebagai kepentingan yang tidak disyariatkan hukumnya oleh perundangan untuk mewujudkannya dan tidak ada dalil yang menolaknya. Dengan kata lain, maslahah ialah sesuatu yang memberikan manfaat dan menghindarkan dari keburukan serta tidak bercanggah dengan prinsip syara`. Menurut Musa, Ibrahim al-Ibrahim` dalam kitabnya “al-Madkhal ila Usul al-Fiqh wa Tarikh Tashri` al-Islami”, konsep ini digunapakai untuk memelihara objektif syariah (al-dharuriyyat al-khams) yang meliputi memelihara dan memperkasakan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh yang demikian apa-apa unsur yang berlawanan dengan perkara murni dikira sebagai mafsadah. Malah menurut Prof. Dato` Mahmood Zuhdi Hj. Abd Majid dalam penulisannya “Pengajian Syariah: Satu Pentakrifan” konsep ini sebahagian daripada instrumen fiqh yang unggul dalam melayani perkembangan dan keperluan semasa masyarakat. Bersesuaian dengan sifatnya yang flexible dan dinamis serta bersedia menerima perubahan mengikut peredaran zaman dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syara`.

Konsep Maslahah

Menurut al-Syeikh Muhammad Khudri Bik dalam karangannya “Ilmu usul al-Fiqh”, majoriti ahli usul menjustifikasikan masalih al-mursalah dengan istilah al-munasib al-mursal. Bagaimanapun, Imam Malik lebih cenderung menggunakan istilah masalih al-mursalah. Berbeza pula dengan pendapat Imam al-Ghazali, beliau mentakrifkan konsep ini sebagai al-Istislah.

Sehubungan dengan itu, para ulama` berbeza pandangan dalam mendefinisikan maksud maslahah. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Abd Hamid Mutawwali dalam karangannya “al-Syariah al-Islamiyyah Kamasdar Asasi li al Dustur” menjelaskan dari segi terminologi maknanya, pandangan Imam al-Ghazali lebih bertepatan dan bersesuaian dengan konsep yang digunapakai. Beliau menjelaskan bahawa pengertian makna tersebut merujuk kepada perkara-perkara yang boleh memelihara dan memartabatkan objektif syara` (al-dharuriyyat al-khams). Justeru itu, apa-apa unsur negatif mengikut tafsiran agama yang menjadi penghalang ke arah mencapai objektif syara` dikategorikan sebagai keburukan (mafsadah). Kemungkinan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan oleh manusia dianggap satu perkara yang baik, namun ia dianggap sebaliknya oleh syara`. Sebagai contoh, perbuatan minum arak dan berjudi di kalangan bangsa Arab Jahiliah dianggap satu perbuatan yang mulia di sisi mereka dan tidak mendatangkan keburukan. Bagaimanapun, tafsiran ini berbeza di sisi syara` dengan menjelaskan perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa. Oleh yang demikian, tafsiran memelihara kepentingan syara` perlu mengambilkira asas-asas yang dalam kerangka perundangan Islam di samping pemahaman manusia.

Tegasnya, maslahah adalah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan menghindarkan daripada unsur-unsur kemudharatan. Menurut Muhammad `Iwadz al-Hazayimah dan Mustafa Ahmad Najib dalam kitab bertajuk “al-Madkhal Ila Dirasah al-Tashri` al-Islami” pada asasnya, syara` mengklasifikasikan maslahah kepada tiga komponen yang utama:

Pertama: Maslahah Mu`tabarah.


Maslahah dalam kategori ini bermaksud maslahah yang diterima oleh syara` untuk mencapai yang dharuri (kepentingan manusia) yang merangkumi semua objektif syara`. Sebagai contoh, bagi memelihara kepentingan jiwa maka agama mensyariatkan hukuman qisas. Begitu bagi tujuan memelihara kepentingan harta, syariat memperundangkan hukuman potong tangan.

Kedua: Maslahah Mulghah.


Ia bermaksud maslahah yang ditolak atau dengan kata lain perkara yang tidak diambilkira oleh syara`. Sebagai contoh, menyamaratakan hak anak perempuan dengan hak anak lelaki dalam persoalan pewarisan. Maslahah ini secara jelas berlaku kontradiksi dengan peruntukan nas al-Quran.

Ketiga: Maslahah Mursalah.


Keadaan atau sifat yang relevan untuk dijadikan asas hukum yang memberi implikasi kebaikan dan menghindarkan kemudharatan serta tiada nas yang menyokong sama ada ia diterima atau ditolak. Meskipun begitu, sebahagian daripada ulama’ menamakan konsep ini sebagai al-Istislah. Sebagai contoh, pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf pada zaman Saidina Abu Bakar yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Saidina Umar menjalankan pentadbiran negara berasaskan maslahah (kepentingan umum) seperti membentuk jabatan-jabatan kerajaan, membina penjara. Begitu juga Saidina Ali mewajipkan memberi pampasan gantirugi oleh pihak tukang yang menerima tempahan membuat sesuatu sekiranya berlaku apa-apa kecacatan ke atas barang buatannya atas dasar kepentingan umum (maslahah).

Kehujahan al-Masalih Mursalah

Para ulama` mempunyai persepsi yang tersendiri dalam menerima pakai teori masalih al-mursalah sebagai asas dalam pembinaan hukum. Menurut Mohd Saleh Haji Ahmad dalam karangannya Pengantar Syariat Islam” Sekiranya diteliti dalam perbincangan kitab-kitab fiqh, perbahasan konsep ini sebagai sumber hukum terbahagi kepada tiga aliran mazhab. Aliran pertama berpendirian al-Masalih Mursalah tidak boleh dijadikan hujah secara mutlak. Golongan yang berpandangan sedemikian terdiri daripada pendapat jumhur al-Shafi`iyyah, al-Hanafiyyah, ahli Zahiri dan sebahagian ulama’ mazhab Maliki. Aliran kedua yang terdiri daripada al-Imam al-Ghazali dan al-Baidhawi dari golongan mazhab Shafi`i berpandangan kehujahan al-Masalih Mursalah sebagai instrumen hukum digunapakai apabila memenuhi tiga elemen berikut:

Pertama: Maslahah hanya boleh diaplikasikan pada tahap darurat dan bukannya pada tahap hajat. Maslahah hajiyah ini bermaksud sesuatu maslahah yang diperlukan bertujuan untuk memberi kemudahan dan kelonggaran bagi seseorang hamba melaksanakan kewajipan. Sebagai contoh, kemudahan rukhsah dalam ibadat bagi situasi tertentu yang diizinkan syara` seperti kesukaran (masyyaqah) ketika menunaikan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya.

Kedua: Qat`iyyah bukan Zanniyah.

Ketiga: Kulliyyah (keseluruhan) bukan Juziyyah (sebahagian)

Menurut Sheikh Abu al-Nur dalam kitabnya “Usul Fiqh” menjelaskan maslahah dalam kategori ini bermaksud sesuatu perkara yang ditetapkan oleh kaedah pembinaan hukum sebagai maslahah dan tidak menimbulkan keraguan. Begitu juga dengan maslahah yang bersifat kulliyyah bermaksud maslahah yang memberi faedah kepada kepentingan awam dan bukannya bersifat individu. Dalam teks perundangan fiqh, contoh yang diberikan bagi kategori kedua dan ketiga seperti apabila orang kafir menjadikan tawanan orang Islam sebagai benteng perisai bagi melindungi diri mereka. Dalam situasi ini, membunuh orang Islam yang diperalatkan oleh tentera musuh sebagai benteng perisai bersifat qati`yah. Ini kerana, jika tentera Islam tidak berbuat demikian sekiranya kemenangan berada di pihak musuh maka lebih ramai lagi umat Islam akan dibunuh. Dalam kes ini memelihara umat Islam dari dibinasakan secara keseluruhannya dikategorikan sebagai maslahah bersifat kulliyyah.

Aliran ketiga pula dipelopori oleh Imam Malik dan satu riwayat dari Imam Shafi`i. Pemakaian teori Masalih al-Mursalah tertakluk kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Syarat-syarat yang dipersetujui seperti maslahah tersebut bersifat pasti dan bukannya andaian atau sangkaan (waham). Dalam masa yang sama tidak terdapat mana-mana nas yang membatalkannya. Di samping itu, maslahah yang hendak dilaksanakan tersebut perlu berasaskan kepada kepentingan umum dan bukannya atas dasar individu. Sehubungan dengan itu, maslahah tersebut bersifat rasional dan realistik dan juga boleh berfungsi menghapuskan kemudharatan dan kesukaran yang pasti.

Daripada perbezaan pendapat di atas dapat dirumuskan dua aliran mazhab menyokong pemakaian teori masalih al-mursalah sebagai sumber hukum dalam perundangan Islam meskipun terdapat perbezaan dari aspek syarat-syarat untuk menguatkuasakannya. Apa yang jelas perbezaan ini hanya melibatkan perbezaan pemahaman dan pentafsiran dari segi hirarki keutamaan maslahah. Sebagai contoh, Imam al-Ghazali menerimapakai konsep masalih mursalah pada tahap daruriyyah dan bagi Imam Malik meletakkan pemakaian teori tersebut pada tahap hajiyyah.

Secara keseluruhannya, maslahah bertujuan untuk menghasilkan kebaikan dan menghindarkan keburukan. Dalam membahaskan tentang maslahah ini, sudah semestinya tidak dapat lari dari dikaitkan dengan “`illah” iaitu asas yang digunapakai dalam membuat kesimpulan hukum. Sebagai contoh, inisiatif yang dibuat oleh Sayyidina Abu Bakr mengumpulkan al-Quran. Ia bertujuan untuk menjaga kepentingan awam disebabkan beliau bimbang hilangnya ayat suci dari muka bumi ekoran meningkatnya kematian di kalangan para penghafaz al-Quran di medan perang.

Justeru itu, dalam arus globalisasi pada hari ini, pelbagai masalah kehidupan yang ditimbulkan oleh manusia yang memerlukan jawapan dan penyelesaian dari hukum syara`. Sebagai penyelesaian kepada permaslahan tersebut, teori maslahah merupakan sebahagian daripada instrumen fiqh yang berfungsi membawa kebaikan dan mengelakkan kemudharatan dalam menghurai permasalahan moden yang bersifat global. Bersesuai dengan falsafah syariat yang sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan sebagai manifestasi kepada realiti dan keperluan masyarakat yang semakin kompleks. Meskipun begitu, kecenderungan menggunakan prinsip maslahah dalam menyelesaikan pelbagai persoalan kehidupan manusia mesti dilakukan dengan penuh hati-hati. Kajian dan penyelidikan yang terperinci perlu dilakukan oleh para fuqaha` dalam menerima pakai teori maslahah.

Oleh yang demikian, keunikan yang terdapat pada doktrin maslahah dilihat sebagai medium yang dapat memainkan peranan dalam zaman moden. Sebagai contoh dalam kes bedah siasat. Prosedur ini dilakukan terhadap mayat untuk mencari punca atau sebab kematian. Tambahan lagi jika kematian tersebut dikaitkan dengan kes pembunuhan, keterangan pakar perubatan boleh digunakan sebagai pembelaan pada si mati dan ahli keluarganya untuk mendapat keadilan yang sewajarnya. Pembunuh pula akan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya. Bahkan menurut perspektif Islam, kesalahan membunuh termasuk dalam kategori jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman qisas. Justeru itu, keperluan melakukan bedah siasat ke atas mayat yang meninggal dalam keadaan yang mencurigakan bukan kes kematian biasa merupakan satu maslahah. Secara tidak langsung kaedah bedah siasat ini dapat memberi faedah yang besar kepada masyarakat dalam menegakkan keadilan yang sewajarnya


Termasuk juga kes pendermaan organ bagi manusia yang sudah mati kepada manusia yang masih hidup merupakan satu maslahah. Manfaat ini dilihat kepada keperluan dan kepentingan bagi manusia yang masih hidup dan sangat memerlukan bantuan tersebut. Sehubungan dengan itu, para fuqaha’ telah mengeluarkan fatwa sebagai prosedur asas untuk melaksanakan amalan tersebut. Pendermaan organ bagi kes tersebut boleh dilaksanakan dengan memenuhi empat syarat yang telah ditetapkan.

Pertama, perlu mendapat keizinan dan kebenaran si mati pada masa dia masih hidup. Penderma tersebut mestilah telah mencapai umur baligh, waras dan keizinan tersebut bukannya diperolehi secara paksa. Dalam pada itu, pemindahan organ boleh juga dilakukan jika diizinkan oleh ahli waris selepas kematiannya.

Kedua, hendaklah dibuktikan sekiranya pemindahan organ tersebut dibuat ia dapat membantu menyelamatkan dan memberi faedah yang besar serta tidak mendatangkan kemudharatan kepada penerima organ.

Ketiga, perlu dipastikan bahawa pendermaan atau pemindahan organ tersebut adalah bertujuan untuk kepentingan perubatan dan bukannya atas tujuan lain.

Keempat, tidak berlaku transaksi jual beli dalam pendermaan organ tersebut.

Sumbangan maslahah dalam bidang perubatan banyak membantu menyelesaikan pebagai masalah, contoh persoalan semasa yang berkaitan dengan euthanasia atau dikenali sebagai “mercy killing” dan dalam istilah bahasa Melayu pula “pembunuhan rahmat”. Kes ini berbangkit apabila seorang pesakit telah disahkan oleh pakar perubatan menunjukkan otak pesakit gagal berfungsi sepenuhnya (mati otak) dan berada dalam koma sepanjang hayatnya. Dalam situasi ini, si pesakit bergantung penuh kepada alat bantuan pernafasan yang berfungsi untuk meneruskan kehidupannya. Oleh yang demikian, tanpa menggunakan alat bantuan tersebut menyebabkan aliran darah dan pernafasan akan terhenti. Dalam kes seperti ini, para fuqaha` berselisih pendapat sama ada doktor boleh menghentikan alat bantuan tersebut atau tidak. Alasan kematian yang diguna berasaskan kaedah perubatan telah menunjukkan pesakit tersebut sebagai “mati otak”. Merujuk kepada pandangan yang dikemukakan oleh Profesor Yusof al-Qaradhawi dalam penulisannya “Fatawa Mu`asirah”, beliau membuat ulasan dengan menyatakan bahawa tindakan menghentikan alat bantuan pernafasan dibenarkan oleh Islam. Alasannya perbuatan tersebut merupakan satu maslahah kepada pesakit, keluarga dan pesakit-pesakit lain (otak yang berfungsi) yang sangat memerlukan alat bantuan tersebut untuk meneruskan kehidupan mereka secara normal.

Kesimpulan


Sebagai natijah kepada perbincangan topik ini, syariat islam merupakan agama yang terakhir membawa sinar harapan kepada seluruh manusia dalam membantu mengatur dan menyusun sistem kehidupan yang lebih sempurna. Ketika manusia meneruskan survival kehidupan mereka yang penuh dengan cabaran, doktrin maslahah dilihat sebagai sebahagian daripada alternatif perundangan Islam yang penting untuk berfungsi dalam pentas dunia moden. Realiti ini menjadikan sumber perundangan Islam bersifat synergy dan dinamis dalam menjamin kemaslahatan manusia. Meskipun begitu, dalam menerimapakai doktrin maslahah, para fuqaha’ perlu mengikut hirarki sumber perundangan Islam supaya kepentingan umum yang difahami manusia tidak berlaku kontradiksi dengan sumber asas perundangan Islam. Secara umumnya dapat difahami bahawa doktrin maslahah dapat membantu memperkayakan sumber pembendaharaan fiqh yang sedia ada dalam menjawab pelbagai persoalan semasa kehidupan manusia yang meliputi aspek sosial, ekonomi, politik, perubatan, sains dan teknologi, pertahanan dan sebagainya.

`Ibrah Covid 19. Suluhan Daripada Perspektif Islam

Assalamualaikum dan bertemu lagi. sudah lama saya tidak menjengok ke blogni. Harini rasa bersemangat semula untuk melihat blog yang sudah se...