Tanggapan Islam Terhadap Budaya Hedonisme
Jika disingkap sejarah silam pada setiap zaman dan tempat tidak pernah sunyi para Nabi dan Rasul memberi nasihat kepada umat mereka masing-masing tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia (Mustafa Kamal Alias, 2001). Lantaran itu, pada zaman Nabi Muhammad S.A.W persoalan akhlak masih lagi merupakan sebahagian daripada tema utama dalam ajaran yang murni tersebut. Sebagai contoh, pada saat kelahiran agama Islam di muka bumi Arab, masyarakat Arab Jahiliah pada masa tersebut berada dalam jurang kesesatan yang dalam di samping mengamalkan tingkah laku di luar batasan norma luhur manusia. Oleh yang demikian, citra hati budi bangsa Arab Jahiliah banyak disentuh oleh al-Quran supaya ia menjadi pengajaran kepada asas pembentukan peradaban insan.
Kini pada zaman moden, dunia Islam menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menghancurkan nilai-nilai rohaniah yang terdapat dalam ajarannya. Tanpa benteng aqidah yang konkrit dan akhlak sebagai pendinding nescaya umat Islam tidak mampu menghadapi serangan musuh dari pelbagai sudut. Pelbagai manifestasi serangan musuh Islam boleh dilihat dengan lahirnya ideologi-ideologi dan aliran falsafah yang berselindung di bawah modernisme termasuklah doktrin hedonistik (Wan Muhammad Ali, 2000). Penghakisan nilai-nilai akidah yang murni tersebut akan melahirkan kelompok skeptis.

Dalam membincangkan kerangka hedonisme, sudah pastilah unsur keseronokan dan kegembiraan merupakan intisari penting dalam aliran tersebut. Manusia dikatakan hidup bahagia apabila mereka mencapai klimaks keseronokan dan kegembiraan di tahap yang paling tinggi dan cuba mengelakkan elemen-elemen yang mendatangkan kesedihan dan kesukaran. Bagi mencapai objektif tersebut, dalam keadaaan tertentu manusia perlu bersikap pesimistik dan negatif. Sama ada manusia perlu bersikap positif atau negatif tidak menjadi persoalan, apa yang penting ialah mencapai tahap keseronokan dalam hidup. Justeru itu, tidak menjadi kesalahan sekiranya sesuatu tindak tanduk yang dilakukan dapat membantu seseorang mencapai hasrat dan matlamatnya. Contohnya, di Barat masyarakatnya bebas melakukan penyimpangan seksual (homoseksual dan lesbian).
Islam tidak menghalang umatnya untuk mencapai kebahagian dalam hidup. Namun, kecenderungan yang berlebihan kepada kesenangan dan hiburan menjadikan menjadikan manusia alpa dan lalai dengan tipu daya dunia. Budaya sedemikian diibaratkan sebagai menggemukkan jasad tetapi mematikan ruh. Keseronokan yang dikecapi tersebut hanyalah bersifat sementara dan bukannya ketenangan yang hakiki. Sesungguhnya, budaya hedonisme jauh menyimpang dengan ajaran agama Islam yang kaya dengan nilai-nilai luhur yang terpuji. Apa yang jelas budaya tersebut bertentangan dengan akidah Islam kerana aliran tersebut bertuhankan nafsu. Tunjang iman adalah akidah tauhidnya. Allah adalah penghabisan dalam segala tujuan hidup setiap individu muslim (K.H Tarmizi Taher, 2003).
Sejarah telah membuktikan antara faktor kejatuhan kerajaan Abbasiah adalah berpunca dari sikap pemimpin dan rakyat yang mengutamakan kesenangan, kemewahan dan dibuai dengan pelbagai bentuk hiburan. Mereka gagal menumpukan perhatian kepada soal pembangunan insan dan negara dan akhirnya kelemahan tersebut dapat dikesan oleh musuh menyebabkan empayar yang terbilang tersebut jatuh di pihak lawan. Contoh yang dikemukakan tersebut membuktikan budaya hedonisme dipengaruhi oleh lintasan-lintasan nafsu yang mendorong kepada perlakuan yang negatif.
Islam telah memberi garis panduan yang jelas kepada penganutnya untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki. Ajarannya bersifat sejagat dan sempurna dari lompang-lompang kecacatan. Keunikan yang ada pada ajaran tersebut ia bersifat fleksibel pada nilai-nilai yang relevan dengan realiti dan keperluan masyarakat. Akidahnya berasaskan kepada wahyu Ilahi yang berfungsi sebagai kerangka asas pembentukan peradaban manusia. Gagasan Islam bukanlah kompromi Barat dan Timur, bukanlah penyatuan pelbagai ideologi dan falsafah dunia (Dr. Abdullah Yusuf Azam, 1996) sebaliknya Islam merupakan cerminan kepada peradaban manusia yang hakiki.
Oleh yang demikian, petunjuk dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam perlu dijadikan pedoman dan sempadan untuk dipatuhi oleh manusia. Sesungguhnya Iblis dan Syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia. Gambaran ini jelas terungkap dalam Kitab Suci al-Quran al-Karim. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir”
(al-An`am: 32)
Dalam surah yang lain Allah memberi peringatan kepada manusia tentang kecenderungan manusia kepada perkara-perkara yang tidak menguntungkan dan merugikan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sedarlah wahai orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). ”
(al-Qiyamah:20-21)
(Abu Rushd)
No comments:
Post a Comment