Pendahuluan
Islam bersikap positif terhadap aktiviti keusahawanan. Buktinya dapat dilihat daripada pemahaman sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud “Usaha yang baik itu ialah pekerjaan yang dilakukan sendiri oleh orang itu”. Agama Islam memberi ruang yang luas kepada manusia untuk merangsang daya kreativiti bagi membangunkan peradaban insan. Dalam bidang muamalah contohnya, untuk memastikan sistem keusahawanan yang akan diuruskan oleh manusia tidak terdedah daripada sifat ketempangan yang boleh memudharatkan kepentingan umum manusia, Islam telah merangka satu garis panduan yang jelas berdasarkan petunjuk daripada al-Quran dan al-Sunnah. Keistimewaan yang terpancar dalam sistem keusahawanan yang berorintasikan muamalah Islam kerana ia disuburkan dengan nilai-nilai teologi yang menjadi teras kepada model pembangunan keusahawanan yang bersifat holistik. Manifestasi keunikan yang ada pada sistem keusahawanan Islam dapat dilihat daripada amalan keusahawanan yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Amalan tersebut dikodifikasikan sebagai satu peraturan muamalah dan digunapakai oleh generasi Islam selepasnya. Ramai dalam kalangan sahabat besar Nabi Muhammad S.A.W melibatkan diri dunia usahawan dan telah berjaya seperti Sayyidina Abu Bakar, Abdul Rahman bin Auf dan sebagainya wajar dijadikan model yang baik untuk dicontohi oleh golongan usahawan pada hari ini.
Apabila manusia membelakangkan faktor kegamaan, golongan tersebut akan bertindak bertuhankan hawa nafsu dalam mengejar kepentingan material sehingga menghalalkan apa sahaja cara untuk memenuhi segala impian meskipun bertentangan dengan prinsip agama dan norma masyarakat. Klimaknya berlakulah penyelewengan, rasuah, spekulasi yang bertentangan dengan nilai-nilai luhur manusia, penipuan, penindasan dan perlakuan negatif yang lain sehingga boleh merosakkan sistem sosio ekonomi masyarakat. Hal yang demikian disebabkan doktrin keusahawanan dikatakan sebagai “akta kekreatifan manusia” menuntut usahawan untuk mencipta dan meneroka sesuatu nilai daripada yang tiada. Justeru itu, ia perlu diimbangi dengan asas keagamaan yang berfungsi sebagai kuasa neutral untuk mengawal tingkah laku manusia daripada melakukan kezaliman dan pencerobohan sesama manusia.
Berdasarkan world view Islam, usahawan yang berjaya ialah individu yang cemerlang dalam setiap lapangan yang diusahakannya dan mengamalkan sepenuhnya nilai-nilai agama serta dapat menyumbangkan keuntungan yang diperolehinya untuk kepentingan agama dan masyarakat amnya. Keuntungan material semata-mata bukanlah dianggap indicator untuk menunjukkan kejayaan seseorang usahawan. Sebaliknya, kejayaan yang ingin dikecapi bukan sahaja di dunia bahkan berkesinambungan dengan alam akhirat. Kunci utama yang perlu dijadikan objektif ialah mendapat keredhaaan daripada Allah S.W.T . Apabila objektif ini diletakkan sebagai ultimate goals dalam diri usahawan sudah tentulah individu tersebut akan menginsafi bahawa kebahagian dan kejayaan hakiki yang ingin dikecapi oleh manusia ialah mendapat hasanah di dunia dan akhirat. Mementingkan keuntungan di dunia semata-mata mengakibatkan manusia alpa seolah-olah kehidupan yang abadi ini hanya dinikmati di dunia semata-mata.
Konsep Usahawan Berjaya Menurut Islam
Secara konseptualnya, usahawan berjaya boleh ditakrifkan sebagai individu yang cemerlang dalam aktiviti keusahawanan dan komited terhadap perintah agama atas kapasitinya sebagai seorang muslim, mukmin dan muhsin. Dalam Islam, ketentuan untuk mencapai kejayaan ini dikenali sebagai konsep al-Falah. Dengan kata lain, konsep ini dapat difahami sebagai pencapaian cemerlang yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia dari aspek kerohanian, kebendaan, moral dan sebagainya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Kehidupan yang baik dan sejahtera serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia.”
(Al-Qasas: 77).
Melalui konsep ini, golongan usahawan akan lebih cenderung untuk berusaha secara konsisten melaksanakan tugasnya sebagai khalifah al-Ard untuk melakukan kebaikan kepada manusia demi mencari keredhaan yang hakiki. Semangat al-Falah yang dihayati oleh usahawan muslim akan mendorong mereka mengoptimumkan segala sumber-sumber yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk kemaslahatan umat manusia sejagat.
Usahawan muslim perlu memastikan mereka menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan unsur-unsur yang boleh mencemarkan keharmonian sistem keusahawanan Islam. Harta yang diperolehi melalui aktiviti perekonomian bukan bersifat pemilikan yang mutlak, sebaliknya manusia hanyalah sebagai pemegang amanah yang menguruskan sumber tersebut. Usahawan berjaya juga perlu mengambilkira faktor pembangunan insan dalam lapangan kerja yang diusahakannya. Contohnya, melazimkan sembahyang berjamaah dalam kalangan pekerjanya, membudayakan penghayatan ilmu dalam kalangan stafnya, bersifat terbuka dan bertoleransi terhadap kritikan yang membina, menunaikan tanggungjawab sosiak kepada masyarakat luar dan menekankan nilai-nilai murni dalam organisasinya. Usahawan yang mempraktikkan nilai-nilai tersebut akan mendapat ganjaran yang besar kelak. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“Peniaga yang bersifat benar bersama dengan para anbiya’, siddiqin dan para syuhada’.” (al-Thirmizi)

(Abu Rushd)
No comments:
Post a Comment