Bentuk perniagaan yang dilarang dalam Islam
Umumnya, larangan dan tegahan dalam perniagaan adalah berasaskan kepada perundangan Ilahi. Sumber rujukan utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Menyentuh tentang bidang perniagaan, Islam mengharamkan sebarang aktiviti perniagaan yang mempunyai unsur riba (Muhammad Mustafa Syalabi, 1986: 115-116). Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan, dengan terhoyong hayang kerana sentuhan (syaitan yang merasuk itu). Yang demikian ialah disebabkan meeka mengatakan : “bahawa sesungguhnya berjualbeli itu hanya seperti riba” pada hal Allah telah menghalalkan berjualbeli dan mengharamkan riba.”
(Al-Baqarah:275)
Larangan tentang riba juga disentuh dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W. yang bermaksud:
“Pada malam mi`raj saya telah bertemu dengan orang yang perutnya besar seperti rumah yang boleh dilihat ular berada di dalamnya, lalu saya bertanya Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab bahawa mereka itu adalah orang-orang yang memakan riba.”
Begitu juga dengan amalan rasuah, perbuatan tersebut jelas dilarang oleh Islam. Pengharaman rasuah ini adalah berasaskan kepada kepentingan umum kerana perkara tersebut boleh merosakkan hubungan dalam institusi masyarakat. Dalil pengharaman ini berdasarkan kepada firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Baqarah:188)
Islam juga menegah daripada berurusan dengan orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan untuk mengurus. Sebagai contoh, transaksi yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur (belum sempurna akal) dan orang gila. Tegahan ini dibuat disebabkan untuk mengelakkan daripada berlaku pengaruh tidak wajar atau memberi ruang kepada sebelah pihak untuk memanipulasi terhadap golongan tersebut. Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian daripada pendapatan hartanya (yang kamu perniagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.”
(Al-Nisa’:5)
Justeru itu, Islam sebagai agama yang lengkap telah memberi garis panduan yang jelas kepada manusia untuk mencapai hasanah di dunia dan akhirat. Menyentuh tentang konsep keusahawanan, ruang lingkup tersebut telahpun dijelaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Konsep keusahawanan menurut perspektif Islam merupakan satu sistem yang unik dan dinamik disebabkan objektif keutamaannya adalah untuk mencapai keredhaan Allah dan memberi keadilan kepada semua pihak. Oleh yang demikian, tidak timbullah unsur-unsur yang memberi ruang kepada manusia untuk melakukan penindasan dan ketidakadilan sesama manusia dalam sebarang bentuk perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di samping itu, setiap individu muslim mempercayai bahawa setiap amalan yang dilakukan akan dinilai sebagai ibadah.

No comments:
Post a Comment